Hubungan faktor individu dan faktor persekitaran terhadap kemahiran teknikal di Institusi German Malaysia

Tenaga kerja mahir menjadi satu keperluan dalam mendepani perubahan sosial dan keadaan ekonomi yang sentiasa berubah mengikut keperluan industri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemindahan pengetahuan dari aspek faktor individu dan faktor persekitaran di samping mengenal pasti perhub...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Roslan, Aira Shazwani
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/448/1/24p%20AIRA%20SHAZWANI%20MD%20ROSLAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/448/2/AIRA%20SHAZWANI%20MD%20ROSLAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tenaga kerja mahir menjadi satu keperluan dalam mendepani perubahan sosial dan keadaan ekonomi yang sentiasa berubah mengikut keperluan industri. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemindahan pengetahuan dari aspek faktor individu dan faktor persekitaran di samping mengenal pasti perhubungan antara kedua faktor tersebut terhadap kemahiran teknikal dalam kalangan pelajar. Kajian ini melibatkan 170 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar diploma kursus Tool & Die Technology, Mould Technology, Product Design & Manufacturing, dan Engineering Technology CNC Precision Technology di Jabatan Teknologi Pengeluaran, Institusi German Malaysia (GMI). Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui perisian Statistical Packages for Social Sciences for Windows Version 22.0 (SPSS). Hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawaian, peratusan dan Ujian Pekali Korelasi “Pearson Correlation Coefficient”. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemindahan pengetahuan bagi ketiga-tiga aspek berada pada tahap tinggi iaitu aspek faktor individu (skor min 4.09), aspek faktor persekitaran (skor min 4.06) dan aspek Kemahiran Teknikal (skor min 4.17). Bagi analisis dapatan kajian Ujian Pekali Korelasi “Pearson Correlation Coefficient” menunjukkan bahawa hubungan faktor individu dengan kemahiran teknikal adalah sederhana dari segi kaedah (0.602), prosedur (0.594) dan teknik (0.615). Manakala analisis hubungan faktor persekitaran dengan kemahiran teknikal pula mempunyai hubungan positif yang sederhana dari segi kaedah (0.647), prosedur (0.557) dan teknik (0.541). Secara keseluruhannya, hasil kajian ini memberi gambaran mengenai hubungan faktor individu dan faktor persekitaran terhadap kemahiran teknikal dalam kalangan pelajar.