Keberkesanan model "elektromagnetik trip" sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) bagi subjek pendawaian elektrik

Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) merupakan keperluan dan kelengkapan yang digunakan untuk membantu guru dalam penyampaian dan pemahaman maklumat. Satu model “Elektromagnetik Trip” telah dibangunkan untuk membantu guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kajian ini bertujuan untuk menguji ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamaat, Azman
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/497/1/24p%20AZMAN%20JAMAAT.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/497/2/AZMAN%20JAMAAT%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/497/3/AZMAN%20JAMAAT%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) merupakan keperluan dan kelengkapan yang digunakan untuk membantu guru dalam penyampaian dan pemahaman maklumat. Satu model “Elektromagnetik Trip” telah dibangunkan untuk membantu guru dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan Model “Elektromagnetik Trip” sebagai ABBM bagi kursus Pendawaian Elektrik di dua buah Kolej Vokasional (KV). Selain itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti persepsi pelajar terhadap ABBM yang digunakan. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuasi eksperimental. Kajian ini dibuat di KV Setapak Kuala Lumpur (KVS) dan KV Kuala Klawang Negeri Sembilan (KVKK). Kajian ini melibatkan dua kumpulan pelajar iaitu Kumpulan Rawatan (KR) dan Kumpulan Kawalan (KK). Setiap kumpulan terdiri daripada 33 orang sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pencapaian pra dan ujian pencapaian pos bagi melihat keberkesanan Model „Elektromagnetik Trip‟. Borang soal selidik juga digunakan untuk melihat persepsi pelajar terhadap ABBM yang digunakan. Data kajian dianalisis menggunakan statistik berbentuk inferensi ANCOVA dan MANOVA. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian di antara KR dan KK . Persepsi pelajar adalah positif terhadap reka bentuk, mesra pengguna, kebolenhfungsian dan penerimaan serta keselamatan model „Elektromagnetik Trip‟. Secara kesimpulannya penggunaan model „Elektromagnetik Trip‟ dalam PdPc dapat meningkatkan pencapaian pelajar bagi subjek Pendawaian Elektrik.