Pembelajaran berasaskan aplikasi android menggunakan kaedah permainan bagi kursus asas grafik
engaplikasian pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran merupakan suatu kaedah yang telah lama diaplikasikan di dunia termasuklah di negara Barat dan Asia. Di Malaysia, terutamanya di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pener...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/557/1/24p%20MASTURAH%20ZAINAL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/557/2/MASTURAH%20ZAINAL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/557/3/MASTURAH%20ZAINAL%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | engaplikasian pembelajaran mudah alih atau m-pembelajaran merupakan suatu kaedah yang telah lama diaplikasikan di dunia termasuklah di negara Barat dan Asia. Di Malaysia, terutamanya di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hasil daripada kajian awal pengkaji keatas pelajar yang pernah mengambil kursus Asas Grafik mendapati terdapat kesukaran yang dihadapi oleh pelajar untuk memahami isi kandungan dalam kursus Asas Grafik serta mempunyai masalah untuk mencari bahan pembelajaran dalam versi Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penyelidikan ini mempersembahkan satu aplikasi Android menggunakan kaedah permainan bagi kursus Asas Grafik (AG) yang telah direkabentuk dan dibangunkan berpandukan model pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran ADDIE. Selain itu, Rangka Kerja untuk Analisis Rasional Pendidikan Mudah Alih atau model FRAME digunakan sebagai panduan dalam pembangunan aplikasi pembelajaran mudah alih. Sehubungan dengan itu, kajian tahap kebolehgunaan aplikasi Android menggunakan kaedah permainan bagi kursus Asas Grafik (AG) telah dijalankan terhadap tiga orang pakar dan 33 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian. Daripada hasil kajian mendapati aplikasi Android menggunakan kaedah permainan bagi kursus Asas Grafik (AG) dapat membantu pelajar dalam memahami isi kandungan kursus dimana-mana sahaja dan tidak mengira masa sekaligus menggalakkan pembelajaran secara kendiri dan aktif. Tambahan lagi dengan adanya permainan dalam aplikasi pembelajaran tersebut ianya menyediakan suasana yang menyeronokkan dan dapat menarik minat untuk terus belajar. Justeru itu, kajian ini akan membincangkan keseluruhan proses pembangunan dan rekabentuk bagi aplikasi Android menggunakan kaedah permainan bagi kursus Asas Grafik (AG). Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan kepada para penyelidik dan pembangun reka bentuk instruksional khususnya untuk pembelajaran mudah alih. |
---|