Kualiti persekitaran dalaman dalam mereka bentuk studio lukisan kejuruteraan di sekolah menengah teknik
Persekitaran yang sihat mampu untuk menjana aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Kajian terdahulu menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan di antara persekitaran yang dibina dan perkembangan pembelajaran pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian elemen kuali...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/567/1/24p%20MOHD%20HANIF%20A.%20KARIM.pdf http://eprints.uthm.edu.my/567/2/MOHD%20HANIF%20A.%20KARIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/567/3/MOHD%20HANIF%20A.%20KARIM%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Persekitaran yang sihat mampu untuk menjana aktiviti pembelajaran dan pengajaran
yang kondusif. Kajian terdahulu menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan
di antara persekitaran yang dibina dan perkembangan pembelajaran pelajar. Kajian
ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian elemen kualiti persekitaran dalaman
studio lukisan kejuruteraan di sekolah menengah teknik mengikut persepsi pelajar
dan guru seterusnya menghasilkan satu cadangan elemen kualiti persekitaran
dalaman dalam mereka bentuk studio lukisan kejuruteraan. Rekabentuk kajian adalah
kaedah tinjauan gabungan Sequential Exploratory. Responden kajian melibatkan 352
orang pelajar tingkatan 4 dan 44 orang guru matapelajaran Lukisan Kejuruteraan di
sembilan buah Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia. Sampel dipilih
menggunakan pensampelan rawak bertujuan. Data kualitatif dikumpul menggunakan
analisis dokumen dan temubual berstruktur manakala data kuantitatif pula
menggunakan instrument set borang soal selidik dengan pendekatan pasangan soalan
positif dan negatif Model Kano. Dapatan menunjukkan elemen penting dalam
mereka bentuk studio lukisan kejuruteraan adalah elemen kualiti sistem penyejukan
berpusat yang terkategori dalam Faktor Bonus (Menarik). Manakala elemen udara
tercemar dari ruang lain, pencemaran bunyi dari luar studio, hiasan dalaman studio
yang teratur serta menarik, visual menyeluruh lanskap semula jadi, saiz kawasan
aktiviti pelajar, zon untuk aktiviti pembelajaran yang berbeza dan ruang menarik
dalam studio pula berada dalam Faktor Berkadar (Satu Dimensi). Pengkaji
mencadangkan beberapa elemen kualiti persekitaran dalaman dalam mereka bentuk
studio lukisan kejuruteraan berdasarkan dapatan kajian menggunakan elemen-elemen
yang telah dikenalpasti menerusi objektif pertama sehingga ke empat. Dalam konteks
kajian ini, cadangan elemen kualiti persekitaran dalaman yang dibangunkan oleh
pengkaji diharap dapat membantu pihak berkepentingan dalam meningkatkan kualiti
persekitaran dalaman studio lukisan kejuruteraan ke arah yang lebih baik. |
---|