Effects of hot press forging parameter and life cycle assessment in direct recycling of AA6061 aluminium
Proses perindustrian telah membawa kepada pemanasan global melalui pencemaran karbon dioksida dan penghasilan sejumlah besar sisa pepejal. Teknik kitar semula tanpa lebur telah digunakan bagi mengatasi masalah kekurangan sumber utama serta menyasarkan penjimatan tenaga dan bahan. Proses penemp...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/6433/1/CD.pdf http://eprints.uthm.edu.my/6433/2/24p.pdf http://eprints.uthm.edu.my/6433/3/full.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Proses perindustrian telah membawa kepada pemanasan global melalui pencemaran karbon dioksida dan penghasilan sejumlah besar sisa pepejal. Teknik kitar semula tanpa lebur telah digunakan bagi mengatasi masalah kekurangan sumber utama serta menyasarkan penjimatan tenaga dan bahan. Proses penempaan tekanan panas dicadangkan sebagai teknik kitar semula secara terns yang menggunakan jumlah tenaga yang amat rendah berbanding dengan kitar semula konvensional. Objektif kajian adalah untuk menyiasat kesan parameter terhadap sifat mekanikal dan membandingkan impak terhadap alam sekitar teknik ini dengan teknik peleburan semula. Bagi mencapai tujuan ini, kitar semula cip aluminium AA6061
menggunakan proses penempaan tekanan panas melalui pemfaktoran penuh 32, reka
bentuk eksperimen (DOE) yang terdiri daripada suhu operasi, Ts dan tempoh menahan, tg. Kaedah gerak balas permukaan (RSM) telah digunakan bagi pengoptimuman parameter. Reka bentuk komposit pusat (CCD) telah digunakan untuk menilai kesan teknik ini terhadap tiga respon; kekuatan muktamad tegangan (UTS), pemanjangan untuk kegagalan (ETF) dan potensi pemanasan global (GWP). Nilai bahan bagi spesimen kitar semula adalah setanding dengan nilai teori AA6061- T4 di mana nilai UTS dan kekerasan mikro maksimum meningkat melebihi nilai teori ini. Spesimen kitar semula yang telah melalui proses rawatan haba T5 dianggap setanding dengan nilai rujukan AA6061-T6. Pengoptimuman RSM telah memberikan nilai parameter optimum bagi proses penempaan tekanan panas ini. Penilaian kitaran hayat (LCA) bagi kitar semula terns (proses penempaan tekanan panas) memberikan impak terhadap alam sekitar apabila nilai GWP bagi proses ini berkurang jika yang dibandingkan dengan kitar semula konvensional. |
---|