Analisis talian penghantaran kuasa sistem Dwi-Litar tiga-fasa dan sistem enam-fasa
Jurutera sistem kuasa telah menimbangkan kemungkinan memperkenalkan talian penghantaran sistem enam-fasa dengan mengubah sistem dwi-litar tiga-fasa disebabkan permintaan pada masa hadapan. Talian penghantaran sistem enam-fasa mempunyai beberapa kelebihan yang unik sebagai talian penghantaran f...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/7760/1/24p%20SITI%20AMELY%20JUMAAT.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7760/2/SITI%20AMELY%20JUMAAT%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/7760/3/SITI%20AMELY%20JUMAAT%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Jurutera sistem kuasa telah menimbangkan kemungkinan memperkenalkan talian
penghantaran sistem enam-fasa dengan mengubah sistem dwi-litar tiga-fasa disebabkan
permintaan pada masa hadapan. Talian penghantaran sistem enam-fasa mempunyai
beberapa kelebihan yang unik sebagai talian penghantaran fasa tinggi. Pada keadaan
normal, talian penghantaran sistem enam-fasa dapat meningkatkan keupayaan
penghantaran sebanyak 73% berbanding sistem dwi-litar tiga-fasa. Pengurangan kesan
korona dan penurunan medan magnet memberi kebaikan kepada persekitarannya.
Penggunaan struktur pembinaan yang kecil tetapi mampu meningkatkan keupayaan ruang
talian atas memberikan kelebihan kepada sistem ini. Selain mengkaji konsep asas dan
ciri-ciri talian penghantaran, kajian ini lebih menumpu kepada analisis rekabentuk
pengubah untuk sistem enam-fasa. Perbandingan secara kiraan sistem per unit
menggunakan MATLAB dan simulasi PSCAD/EMTDC dilaksanakan untuk kedua-dua
sistem. Analisis data dijalankan dalam beberapa aspek seperti nilai beza fasa, voltan, arus
dan kuasa di bahagian penjanaan, talian penghantaran dan beban. Pada masa yang sama,
pemilihan rekabentuk pengubah yang terbaik untuk sistem enam-fasa dilakukan. |
---|