Pembangunan kerangka kerja profesional pengurusanharta tanah wakaf (PHTW) di Malaysia

Pengoptimuman penggunaan hm1a tanah wakaf boleh meningkatkan ekonomi umat Islam sekiranya pengurusan dan pembangunannya dilakukan dengan lebih seragam. Kewujudan badan proesional yang mengawalselia kerja-kerja pengurusan harta tanah (PHT) seperti Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (BOV...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zamri, Aina Naseha
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/7832/2/24p%20AINA%20NASEHA%20ZAMRI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7832/1/AINA%20NASEHA%20ZAMRI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/7832/3/AINA%20NASEHA%20ZAMRI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengoptimuman penggunaan hm1a tanah wakaf boleh meningkatkan ekonomi umat Islam sekiranya pengurusan dan pembangunannya dilakukan dengan lebih seragam. Kewujudan badan proesional yang mengawalselia kerja-kerja pengurusan harta tanah (PHT) seperti Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (BOV AEA) di Malaysia menunjukkan kepentingan pengawalan dan keseragaman terhadap amalan pengurusan harta tanah. Di Malaysia, didapati terdapat perbezaan diantara pengurusan harta tanah sebagaimana yang diamalkan oleh BOVAEA dan amalan pengurusan ha11a tanah wakaf (PHTW). Justeru, objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti apakah amalan bagi PHTW yang diamalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia; mengenalpasti apakah perbezaan diantara amalan profesional dalam PHT dan amalan MAIN didalam PHTW; dan mencadangkan rangka kerja (framework) terbaik bagi PHTW secara lebih professional. Metodologi Kajian Kes telah digunakan bagi menjawab kesemua persoalan kajian yang dibentuk bagi kajian ini dengan menggunakan temubual pakar dan analisis dokumen sebagai metod kajian. Analisis kajian telah dijalankan secara kualitatif menggunakan Computer Assisted Data Analysis Software (CAQDAS) dikenali sebagai NVivo 11.0. Persoalan Kajian I (PKI) bagi kajian ini mendapati MAIN memiliki tugas-tugas pengurusannya yang tersendiri bagi harta tanah wakaf dan melibatkan pelbagai pihak. Persoalan 2 (PK2) kajian ini mendapati beberapa elemen penting dalam Standard Pengurusan Harta Tanah Malaysia diamalkan didalam PHTW oleh MAIN, namun perlaksanaannya belum mencapai standard sebagaimana yang dilakukan oleh BOVAEA. Persoalan Kajian 3 (PK3) mencadangkan elemen-elemen perundangan, kelayakan pengurus harta tanah, perlantikan pengurus harta tanah, garis panduan dan skop kerja perlu diambilikira bagi membangunkan Rangka Kerja Profesional bagi Pengurusan Harta Tanah Wakaf (PHTW). Diharapkan, rangka kerja ini dapat menyumbang kepada ilmu baru dan menambah baik amalan PHTW di Malaysia, khususnya bagi pihak MAU dan kalangan professional yang terlibat dalam menguruskan PHTW demi kepentingan umat Islam di Malaysia.