Olahan air sisa pusat penyembelihan ayam menggunakan elektrod keluli tahan karat dan aluminum melalui proses gabungan elektro-penggumpalan dan pengelompokan dan penggumpalan dengan menggunakan aluminum sulfat dan poli-aluminum klorida

Air sisa yang terhasil daripada proses penyembelihan adalah tidak sesuai digunakan dalam perindustrian, pertanian dan urusan seharian. Salah satu kaedah olahan yang boleh digunakan untuk merawat air sisa ini adalah kaedah elektro-penggumpalan, di mana kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan bahan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sakury, Khairudin
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/790/1/24p%20KHAIRUDIN%20SAKURY.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/790/2/KHAIRUDIN%20SAKURY%20COPYRIGHT%20DECLARATION_.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/790/3/KHAIRUDIN%20SAKURY%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Air sisa yang terhasil daripada proses penyembelihan adalah tidak sesuai digunakan dalam perindustrian, pertanian dan urusan seharian. Salah satu kaedah olahan yang boleh digunakan untuk merawat air sisa ini adalah kaedah elektro-penggumpalan, di mana kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan bahan kimia terhadap air sisa ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap keberkesanan kaedah elektro-penggumpalan terhadap olahan air sisa dari pusat penyembelihan ayam. Kaedah elektro-penggumpalan ditentukan dengan elektrod aluminium (Al) dan keluli tahan karat (St) yang di susun dengan empat susunan yang berbeza iaitu St+-St-, Al+-Al-, St+-Al- dan Al+-St-. Disamping itu, aluminium sulfat (alum) dan polialuminum klorida (PAC) turut digunakan sebagai pemangkin agen penggumpalan. Lima pemboleh ubah yang berbeza digunakan iaitu ketumpatan arus elektrik, jarak antara elektrod, pH awalan, masa tindak balas dan masa enapan bagi menentukan nilai optimum peratusan penyingkiran keperluan oksigen kimia (COD), pepejal terampai (SS), nitrogen ammonia (NH3-N), kekeruhan dan warna. Penentuan saiz flok sebelum dan selepas olahan juga ditentukan. Berdasarkan keputusan kajian, susunan elektrod Al+-Al- memberikan peratusan penyingkiran terbaik berbanding susunan lain. Nilai optimum ketumpatan arus elektrik, jarak antara elektrod, pH awalan, masa tindak balas dan masa enapan masing-masing adalah 25 A/m2, 5 cm, 5, 75 min dan 40 min. Manakala, peratusan penyingkiran yang diperolehi bagi COD, SS, NH3-N, warna dan kekeruhan masing-masing adalah 90.03%, 94.46%, 62.03%, 95.68% dan 94.96%. Susunan elektrod St+-Al- dengan dos 1000 mg/L agen penggumpal polialuminum klorida (PAC) memberikan bacaan dos optimum terbaik berbanding susunan lain di mana penyingkiran yang diperolehi bagi COD, SS, NH3-N, warna dan kekeruhan masing-masing adalah 94.61%, 97.83%, 76.13%, 99.00% dan 98.62%. Kesimpulannya, kaedah elektro-penggumpalan dapat mengolah air sisa pusat penyembelihan ayam dengan berkesan.