Ke arah pembangunan perisian multimedia untuk mata pelajaran komputer dalam teknologi maklumat (F103)

Penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di institusi�institusi pendidikan terutamanya politeknik semakin mendapat perhatian. Justeru itu, tiga tujuan mengapa perisian multimedia interaktif untuk mata pelajaran Komputer Dalam Teknologi Maklumat (F103) ini dibangunkan. Pert a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Marsithi, Atijah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8151/1/24p%20ATIJAH%20MARSITHI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8151/2/ATIJAH%20MARSITHI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8151/3/ATIJAH%20MARSITHI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di institusi�institusi pendidikan terutamanya politeknik semakin mendapat perhatian. Justeru itu, tiga tujuan mengapa perisian multimedia interaktif untuk mata pelajaran Komputer Dalam Teknologi Maklumat (F103) ini dibangunkan. Pert am a, untuk mengenalpasti sama ada reka bentuk antara muka perisian multimedia ini dapat menarik perhatian pelajar untuk menggunakannya. Kedua, untuk mengenalpasti sama ada reka bentuk interaksi perisian multimedia interaktif dapat memudahkan pelajar-pelajar memahami topik-topik sukar dan akhir sekali untuk mengenalpasti sama ada multimedia interaktif yang dihasilkan memberi keselesaan kepada pelajar dalam menerokanya. Seramai 40 orang pelajar Diploma Sains Komputer daripada Jabatan Elektrik Politeknik Johor Bahru terlibat sebagai responden. Statistik deskriptif digunakan dalam mengumpul dan menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan pada keseluruhannya, para pelajar memberi maklumbalas positif terhadap perisian multimedia yang dibangunkan. Selain daripada itu, hasil kajian ini juga mendapati pelajar berminat pada perisian yang menggunakan pelbagai media seperti teks, audio dan visual. Namun begitu, masih terdapat beberapa aspek seperti motivasi perlu diperbaiki. Bagi meningkatkan lagi penggunaan perisian multimedia sebagai salah satu alat bantuan mengajar, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memberi sokongan dalam bentuk kewangan dan mengadakan latihan atau seminar yang berkaitan pembangunan perisian multimedia. Sebagai institusi pendidikan yang penting dalam menghasilkan graduan yang berkualiti, politeknik seharusnya memainkan peranan dalam menambahbilangan komputer bagi menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik kepada pensyarah dan pelajar.