Membangunkan perisian pendidikan yang menggunakan video untuk meningkatkan tahap pemahaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran statistik dalam kejuruteraan
Kajian ini bertajuk Membangunkan Perisian Pendidikan berasaskan Power Point yang mengandungi klip video dalam meningkatkan tahap pemahaman Statistik dalam Kejuruteraan. Kajian ini dijalankan di kalangan pelajarKolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO). Kajian ini bertujuan untuk mem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8168/1/24p%20NORASNI%20MOHD%20JAMIR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8168/2/NORASNI%20MOHD%20JAMIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8168/3/NORASNI%20MOHD%20JAMIR%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertajuk Membangunkan Perisian Pendidikan berasaskan Power Point
yang mengandungi klip video dalam meningkatkan tahap pemahaman Statistik dalam
Kejuruteraan. Kajian ini dijalankan di kalangan pelajarKolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn (KUITTHO). Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan satu kaedah
pembelajaran Kontekstual yang memberi pengetahuan baru bagi menambahkan
pengetahuan yang sedia ada. Seramai 30 orang pelajar dipilih secara rawak bagi mewakili
populasi seramai 40 orang pelajar Statistik Kejuruteraan bagi semester II sesi 2003/2004.
Maklumbalas yang diperolehi menerusi borang soal selidik yang dianalisa dalam bentuk
statistik peratusan, skor min dan sisihan piawai menggunakan perisian Statistical Package
For Social Science (SPSS Versi 11.5). Tujuan analisis ini bagi menentukan tahap pengaruh
perisian pendidikan berasaskan power point dalam membantu pelajar memahami
matapelajaran Statistik Kejuruteraan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
penerimaan pelajar terhadap perisian pendidikan ini secara keseluruhannya adalah pada
tahap yang baik (purata skor min keseluruhan = 4.32). Perisian ini dapat menarik minat
pelajar bagi menguasai Statistik Kejuruteraan dengan mengetahui penggunaan statistik
dalam kehidupan seharian. Dengan itu pembelajaran statistik akan menjadi lebih bermakna
kepada pelajar terutamannya dalam bidang kejuruteraan. |
---|