Mengkaji kesesuaian penggunaan modul pembelajaran kendiri (MPK) jualan persendirian bagi mata pelajaran pengurusan promosi (P3704) di politeknik

Pencapaian seseorang pelajar di dalam pendidikan sememangnya dititikberatkan di dalam mana-mana organisasi pendidikan dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Pelajar adalah wujud daripada latar belakang yang berbeza di mana akan menyebabkan tahap pemahaman dan penguasaan mereka dalam s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rukiman, Zaihasra
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8177/1/24p%20ZAIHASRA%20RUKIMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8177/2/ZAIHASRA%20RUKIMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8177/3/ZAIHASRA%20RUKIMAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pencapaian seseorang pelajar di dalam pendidikan sememangnya dititikberatkan di dalam mana-mana organisasi pendidikan dan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Pelajar adalah wujud daripada latar belakang yang berbeza di mana akan menyebabkan tahap pemahaman dan penguasaan mereka dalam sesuatu mata pelajaran juga adalah berbeza. Pelbagai masalah akan timbul di kalangan pelajar kerana biasanya mereka akan terikat dengan urutan pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang sama sedangkan perbezaan di kalangan mereka ini akan menyebabkan berlakunya kesukaran di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketidakcekapan kaedah-kaedah atau teknik�teknik pengajaran yang disampaikan oleh pendidik akan menyebabkan jurang perbezaan ini semakin ketara. Oleh itu, sebagai satu cara untuk menangani masalah perbezaan prestasi pelajar yang mungkin disebabkan oleh kurangnya tumpuan guru atau pensyarah kepada pelajar tersebut ialah melalui pembelajaran secara individu atau lebih dikenali sebagai pembelajaran kendiri. Sehubungan itu, kajian kesesuaian MPK Jualan Persendirian bagi mata pelajaran Pengurusan Promosi (P3704) ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kesesuaian penggunaan modul, mendapatkan maklumbalas daripada pelajar di mana penggunaan modul dapat meningkatkan motivasi mereka, dan mengkaji kebolehlaksanaan modul di politeknik. Responden terdiri daripada 43 orang pelajar semester 3 Diploma Pemasaran, Politeknik Kota Bharu sesi 2003/2004. Maklumat yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 10.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan pelajar terhadap modul ini adalah positif. Beberapa cadangan dikemukakan pada akhir bab terhadap modul pembelajaran bagi tujuan pembaikan dan kajian lanjutan.