Penggunaan perisian Rational Rose dalam merekabentuk sistem maklumat perkilangan (sistem inventori)
Pemilihan alatan merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan sistem. Walaupun terdapat pelbagai alatan CASE di pasaran, perisian Rational Rose telah digunakan sebagai alatan kajian disebabkan ia merupakan salah satu perisian yang popular di k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8179/1/24p%20ZARINA%20TUKIRAN.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pemilihan alatan merupakan salah satu elemen penting dalam memastikan sistem yang
dibangunkan memenuhi keperluan sistem. Walaupun terdapat pelbagai alatan CASE di
pasaran, perisian Rational Rose telah digunakan sebagai alatan kajian disebabkan ia
merupakan salah satu perisian yang popular di kalangan pembangun-pembangun sistem.
Walaupun begitu, perisian CASE seperti ArgoUML dari Tigris, Visual UML dari Visual
Object Modeler, Enteiprise Architect dari SparxSystems dan Visio dari Microsoft juga di
antara alatan yang biasa digunakan dalam membangunkan sistem. Pernyataan spesifikasi
oleh pengeluar perisian ini digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri yang ditawarkan oleh
perisian tersebut. Dalam kajian ini, kriteria perbandingan ditetapkan bagi melaksanakan
perbandingan alatan-alatan tersebut dengan Rational Rose. Terdapat dua kriteria
perbandingan iaitu permodelan UML dan round-trip engineering (RE). Permodelan UML
berorientasikan objek digunakan kerana ia menyediakan gambaran visual sistem yang
hendak dibangunkan secara menyeluruh. Proses RE pula dapat mengurangkan masa
pembangunan sistem dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kos pembangunan
sistem. Dalam kajian ini, perisian Rational Rose digunakan untuk merekabentuk Sistem
Maklumat Perkilangan (FIS) memfokuskan kepada pengurusan produk sistem inventori.
Pendekatan use case digunakan untuk menganalisa dan merekabentuk FIS. Ianya
melibatkan dua aktiviti utama iaitu analisa use case dan rekabentuk use case yang
menghasilkan dokumentasi rekabentuk sistem. Dokumentasi rekabentuk sistem telah
dihasilkan mengandungi rajah use case, rajah kelas, rajah jujukan serta dokumentasi
proses. Tiga rajah yang telah diperolehi diklasifikasikan mengikut kriteria-kriteria yang
ditawarkan oleh permodelan UML iaitu komunikasi, batasan sistem, dokumentasi dan
struktur pengetahuan. Berdasarkan dokumentasi rekabentuk ini juga, pembangunan
prototaip sistem dilaksanakan dengan dua pendekatan yang berbeza. Pendekatan pertama
ialah pembangunan sistem menggunakan Rational Rose Visual Basic yang diintegrasikan
dalam perisian Rational Rose dilaksanakan melalui proses RE yang berdasarkan daripada
salah satu permodelan use case. Manakala pendekatan kedua ialah pembangunan sistem
melalui kaedah konvensional yang membangunkan keseluruhan pengurusan produk
sistem inventori menggunakan Microsoft® Access 2002. Keputusan yang diperolehi
melalui kedua-dua pendekatan ini membolehkan perbandingan dari aspek penggunaan
semula komponen, keseragaman kod dan model serta proses dokumentasi dapat
dilaksanakan. Cadangan kajian dikemukakan bagi memperluaskan bidang kajian serta
mengatasi kelemahan-kelemahan kajian yang telah dikenalpasti. Adalah diharapkan
kajian ini dapat memberikan manfaat kepada semua dengan memberikan gambaran
menyeluruh tentang kepentingan pemilihan alatan dan notasi yang dapat menjamin
kejayaan pembangunan sesuatu perisian. Selain daripada itu, kajian ini juga dapat
memberikan gambaran menyeluruh berkenaan perisian Rational Rose, mengapa ia begitu
popular dikalangan pembangun sistem serta kelebihan dan kekurangan yang dimilikinya.
Disamping itu, kajian ini juga menyatakan kelebihan dan kepentingan permodelan UML
dan proses RE dalam pembangunan sistem. |
---|