Satu tinjauan terhadap pencapaian pelajar-pelajar tahun satu dalam mata pelajaran matematik di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pencapaian pelajar kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn dalam mata pelajaran Matematik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap faktor-faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada pencapaian pelajar dalam matematik. E...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dorani, Rohanah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8202/1/24p%20ROHANAH%20DORANI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8202/2/ROHANAH%20DORANI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8202/3/ROHANAH%20DORANI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pencapaian pelajar kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn dalam mata pelajaran Matematik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap faktor-faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada pencapaian pelajar dalam matematik. Empat faktor yang telah dikenalpasti adalah minat dan sikap pelajar, kaedah pengajaran pendidik, kaedah pembelajaran pelajar dan juga persekitaran pembelajaran. Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 100 orang responden. Walaubagaimana pun hanya 80 orang responden memberikan maklum balas. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah peratusan bagi tujuan mengenalpasti tahap bagi setiap faktor yang dikaji. Penentuan tahap terbahagi kepada tahap tinggi, sederhana dan rendah yang mana ditentukan mengikut peratusan skor bagi setiap responden. Dapatan kaj ian mendapati bahawa maj oriti responden memberikan skor bagi tahap sederhana bagi kesemua faktor yang dikaji. Oleh yang demikian, terdapat beberapa cadangan yang diusulkan kepada pelajar, pendidik serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dengan matematik bagi meningkatkan pencapaian pel ajar dalam mata pelajaran matematik ini.