Pengaruh susunatur perabot dan peralatan pembelajaran dalam ruang studio seni bina terhadap aktiviti pembelajaran

Kajian susunatur perabot dan peralatan pembelajaran dalam ruang studio bagi kursus Seni Bina adalah merupakan satu kajian ke atas pengaruh susunatur perabot dan peralatan pembelajaran terhadap aktiviti pembelajaran. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji sarna ada susunatur perabot s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syed Mohamed, Sharifah Rusniza
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8208/1/24p%20SHARIFAH%20RUSNIZA%20SYED%20MOHAMED.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8208/2/SHARIFAH%20RUSNIZA%20SYED%20MOHAMED%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8208/3/SHARIFAH%20RUSNIZA%20SYED%20MOHAMED%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian susunatur perabot dan peralatan pembelajaran dalam ruang studio bagi kursus Seni Bina adalah merupakan satu kajian ke atas pengaruh susunatur perabot dan peralatan pembelajaran terhadap aktiviti pembelajaran. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji sarna ada susunatur perabot seperti kerusi, meja lukisan kerja (drafting table), kabinet (storage) dan sebagainya untuk kegunaan pelajar dalam ruang studio sedia ada adalah sesuai atau tidak dalam memberikan kualiti pembelajaran yang lebih baik dari segi pembentangan projek, kuliah, tutorial, kerja kursus/amali mahupun aktiviti kelas. Di samping itu, kajian ini juga akan mengkaji sarna ada bilangan dan kemudahan peralatan pembelajaran seperti 'softboardlpartition' untuk aktiviti pembelajaran di dalam kelas mahupun untuk pembentangan projek pelajar adalah mencukupi ataupun memerlukan perubahan dari segi fleksibiliti atau kemudahan penggunaannya. Bagi mendapatkan gambaran sebenar, pengukuran kualitatifterhadap keselesaan pelajar dilakukan dengan mengambil 70 orang pelajar yang mewakili 27% daripada keseluruhan populasi sebagai responden yang terdiri daripada pelajar sijil dan diploma kursus Seni Bina di salah sebuah politeknik yang tertua di Malaysia. Kajian berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dilakukan untuk mendapatkan penilaian pelajar terhadap pengaruh susunatur perabot dan peralatan pembelajaran terhadap aktiviti pembelajaran. Hasil dapatan dianalisis menggunakan kaedah peratusan, skor min dan sisihan piawai. Dari hasil kajian dan perbincangan, dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa susunatur perabot dan peralatan pembelajaran yang teratur dan efisien juga menyumbang kepada aras keselesaan pelajar semasa proses pembelajaran. Data-data dan maklumat daripada responden akan dikumpul dan dianalisa untuk menghasilkan cadangan rekabentuk semula susunatur perabot dan peralatan pembelajaran dalam studio Seni Bina dalam bentuk lukisan kerja yang terdiri daripada pelan lantai, perspektif ruang studio daripada pelbagai sudut, keratan rentas dan 'details' perabot serta 3D (Tiga Dimensi) yang menggunakan CD. Adalah diharapkan hasil kajian dan cadangan rekabentuk semula susunatur perabot dan peralatan pembelajaran dalam studio Seni Bina yang dihasilkan ini akan dapat diaplikasikan dan diguna pakai dalam ruang studio pada masa akan datang.