Sejauh mana komitmen pihak industri terhadap program latihan industri pelajar KUiTTHO
Program latihan industri merupakan satu komponen penting dalam pendidikan teknik dan vokasional bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang terlatih dan berwibawa. Kajian Sejauh Mana Komitmen Pihak Industri Terhadap Program Latihan Industri Pelajar KUiTTHO adalah bertujuan untuk...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8209/1/24p%20SITI%20SALWA%20MOHAMAD%20NOOR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8209/2/SITI%20SALWA%20MOHAMAD%20NOOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8209/3/SITI%20SALWA%20MOHAMAD%20NOOR%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Program latihan industri merupakan satu komponen penting dalam pendidikan
teknik dan vokasional bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang
terlatih dan berwibawa. Kajian Sejauh Mana Komitmen Pihak Industri Terhadap
Program Latihan Industri Pelajar KUiTTHO adalah bertujuan untuk meninjau sejauh
mana kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh pihak industri terhadap program
latiban industri pelajar KUiTTHO. Ini kerana tanpa komitmen dan kerjasama dari pihak
industri program latihan industri tidak akan mencapai matlamatnya. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada 4 buah
kilang iaitu Fujitsu Component (M) Sdn. Bhd., Sharp Manufacturing Corporation (M)
Sdn. Bhd., Matromatic Handling Systems (M) Sdn. Bhd. dan B.P Plastics Sdn. Bhd. dan
80 orang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Pengalatan dan
Kawalan) yang telah menjalani Latihan Industri. Perisian SPSS digunakan dalam
pemprosesan dan penganalisaan data bagi memperolehi kekerapan dan skor min. Hasil
kajian ini mendapati bahawa komitmen yang diberikan oleh pihak industri adalah tinggi.
Namun begitu terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian terutamanya dari segi
kemudahan kepada pelajar dan komitmen pelajar terhadap program latihan industri itu
sendiri |
---|