Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dalam subjek kejuruteraan jalanraya: bahan-bahan kejuruteraan jalanraya

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kesesuaian penghasilan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi subjek Kejuruteraan Jalanraya. PBK yang dibina adalah berbentuk cakera padat (CD) dan menggunakan perisian Macromedia Authorware. Objektifkajian ini adalah untuk mengetahui samada penghas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahmood, Che Hasnah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8218/1/24p%20CHE%20HASNAH%20MAHMOOD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8218/2/CHE%20HASNAH%20MAHMOOD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8218/3/CHE%20HASNAH%20MAHMOOD%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kesesuaian penghasilan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi subjek Kejuruteraan Jalanraya. PBK yang dibina adalah berbentuk cakera padat (CD) dan menggunakan perisian Macromedia Authorware. Objektifkajian ini adalah untuk mengetahui samada penghasilan PBK dapat meningkatkan kefahaman pelajar, bersifat mesra pengguna dan dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam proses pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 25 orang pelajar tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, KUiTTHO. Data dikurnpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan pakej perisian SPSS 10.0 bagi mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian ini menunjukkan PBK yang dihasilkan dapat meningkatkan kefahaman pelajar, bersifat mesra pengguna serta meningkatkan motivasi pelajar terhadap proses pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan nilai min bagi aspek kefahaman adalah 2.78, manakala dalam aspek mesra pengguna adalah 2.81 serta dalam aspek motivasi pula ialah 3.10. Semua hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.