Kesan model APMI terhadap tahap kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah pelajar dalam kursus teknologi elektrik 1

Penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah merupakan masalah dalam kalangan pelajar. Justeru, cabaran yang semakin meningkat dalam dunia pekerjaan menyebabkan para graduan perlu daya saing yang tinggi bagi memenuhi kehendak pasaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sharif, Mohd Zamri
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8281/1/24p%20MOHD%20ZAMRI%20SHARIF.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8281/2/MOHD%20ZAMRI%20SHARIF%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8281/3/MOHD%20ZAMRI%20SHARIF%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah merupakan masalah dalam kalangan pelajar. Justeru, cabaran yang semakin meningkat dalam dunia pekerjaan menyebabkan para graduan perlu daya saing yang tinggi bagi memenuhi kehendak pasaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah pelajar serta mengenal pasti tahap pencapaian akademik pelajar berdasarkan pelaksanaan Model APMI dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Model APMI merupakan pengubahsuaian daripada pembelajaran Model MIAP. Model APMI merangkumi empat langkah utama dalam pendekatan pembelajaran yang mengutamakan penilaian terhadap tahap kemahiran individu. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran Model APMI dalam proses PnP bagi kursus Teknologi Elektrik 1. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah eksperimen kuasi. Kaedah analisis yang digunakan melibatkan nilai skor min, sisihan piawai, perbezaan markah, Paired sample t-test dan ANCOVA. Hasil daripada analisis kajian menunjukkan keputusan yang positif dari aspek penguasaan Kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah pelajar. Namun, tahap pencapaian kognitif bagi kandungan topik Teknologi Elektrik 1 hanya berada di tahap sederhana. Tambahan pula, penerimaan pelajar terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan Model APMI adalah sederhana. Kesimpulannya, dapatan kajian membuktikan bahawa pendekatan pembelajaran Model APMI ini dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah pelajar serta membantu diri pelajar dari segi pencapaian akademik dalam topik Teknologi Elektrik 1.