Short term performance evaluation of a rural road embankment with different reinforcement constructed on soft soil pertaining to vertical settlement
Pembinaanjalan raya di kawasan tanah lembut merupakaj suatu kebiasaan di selatan Semenanjung Malaysia terutamanya berhampiran kawasan pantai. Pelbagai masalah sering dihadapi semasa pembinaanjalan raya dijalankan di atas tanah lembut. Tanah lembut adalah kurang stabil dan mengalami enapan primer...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8557/1/24p%20MOHAMAD%20NIIZAR%20ABDURAHMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8557/2/MOHAMAD%20NIIZAR%20ABDURAHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8557/3/MOHAMAD%20NIIZAR%20ABDURAHMAN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembinaanjalan raya di kawasan tanah lembut merupakaj suatu kebiasaan di
selatan Semenanjung Malaysia terutamanya berhampiran kawasan pantai. Pelbagai
masalah sering dihadapi semasa pembinaanjalan raya dijalankan di atas tanah lembut.
Tanah lembut adalah kurang stabil dan mengalami enapan primer dan enapan jangka
masa panjang yang besar apabila dikenakan dengan pertambahan beban. Sebelum
turapan dibuat di atas tanah lembut, kebiasaannya tanah tersebut akan diperkuatkan
dahulu dengan menggunakan geotekstil. Ujikaji ini dijalankan untuk mendapatkan
hubungkait di antara kekerapan beban dinamik menggunakan lori 5 tan dengan
enapan bagijalan yang dibina di atas tanah lembut.
Dalam kajian ini, dua (2) jenis geotekstil telah digunakan. Ianya adalah Rawell
Geosynthetic Clay Liner(RGCL) dan Woven Geotextile(WG). Ujian dan pemerhatian
yang berterusan dijalankan ke atas 3 model jalan skala penuh yang dibina di atas
tanah lembut di Pusat Kajian Tanah Lembut(RECESS), KUiTTHO. Beban dengan
menggunakan lori 5 tan dikenakan ke atas setiap bahagian jalan semasa proses
pembebanan dinamik dan statik dijalankan. Daripada analisa yang dijalankan terhadap
keputusan kajian, didapati bahawa semasa beban dinamik 50 pusingan sehari
dikenakan ke atas jalan,nilai enapan bagi RGCL ialah 0.030 m dan 0.063 m, dan bagi
WG pula ialah 0.168 m dan 0.082 m masing-masing bagi bahagian yang dikorek Om
dan 0.5 m.Semasa beban dinamik sebanyak 100 pusingan sehari pula, nilai enapan
bagi RGCL ialah 0.026 m dan 0.068 m, dan bagi WG pula ialah 0.168 m dan 0.088 m
masing-masing bagi bahagian yang dikorek 0 m dan 0.5 m. Daripada data di atas, kita
dapat melihat bahawa keberkesanan penggunaan RGCL adalah lebih baik jika
dibandingkan dengan WG. Malah, dengan penambahan beban dinamik, nilai enapan
juga turut bertambah. |
---|