Ke arah pembangunan perisian multimedia untuk mata pelajaran komputer dalam teknologi maklumat (F103)
Penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di institusiinstitusi pendidikan terutamanya politeknik semakin mendapat perhatian. Justeru itu, tiga tujuan mengapa perisian multimedia interaktif untuk mata pelajaran Komputer Dalam Teknologi Maklumat (F103) ini dibangunkan. Pert am...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8580/1/24p%20ATIJAH%20MARSITHI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8580/2/ATIJAH%20MARSITHI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8580/3/ATIJAH%20MARSITHI%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di institusiinstitusi
pendidikan terutamanya politeknik semakin mendapat perhatian. Justeru itu, tiga
tujuan mengapa perisian multimedia interaktif untuk mata pelajaran Komputer Dalam
Teknologi Maklumat (F103) ini dibangunkan. Pert am a, untuk mengenalpasti sama ada
reka bentuk antara muka perisian multimedia ini dapat menarik perhatian pelajar untuk
menggunakannya. Kedua, untuk mengenalpasti sama ada reka bentuk interaksi perisian
multimedia interaktif dapat memudahkan pelajar-pelajar memahami topik-topik sukar
dan akhir sekali untuk mengenalpasti sama ada multimedia interaktif yang dihasilkan
memberi keselesaan kepada pelajar dalam menerokanya. Seramai 40 orang pelajar
Diploma Sains Komputer daripada Jabatan Elektrik Politeknik Johor Bahru terlibat
sebagai responden. Statistik deskriptif digunakan dalam mengumpul dan menganalisis
data. Hasil kajian menunjukkan pada keseluruhannya, para pelajar memberi maklumbalas
positif terhadap perisian multimedia yang dibangunkan. Selain daripada itu, hasil kajian
ini juga mendapati pelajar berminat pada perisian yang menggunakan pelbagai media
seperti teks, audio dan visual. Namun begitu, masih terdapat beberapa aspek seperti
motivasi perlu diperbaiki. Bagi meningkatkan lagi penggunaan perisian multimedia
sebagai salah satu alat bantuan mengajar, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu
memberi sokongan dalam bentuk kewangan dan mengadakan latihan atau seminar yang
berkaitan pembangunan perisian multimedia. Sebagai institusi pendidikan yang penting
dalam menghasilkan graduan yang berkualiti, politeknik seharusnya memainkan peranan
dalam menambahbilangan komputer bagi menyediakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang lebih baik kepada pensyarah dan pelajar. |
---|