Pembangunan modul pengaturcaraan C CD-ROM interaktif bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penggunaan CDROM Interaktif sebagai modul pengajaran dan pembelajaran Pengaturcaraan C bagi pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Junaliza
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8586/1/24p%20JUNALIZA%20ISHAK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8586/2/JUNALIZA%20ISHAK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8586/3/JUNALIZA%20ISHAK%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penggunaan CDROM Interaktif sebagai modul pengajaran dan pembelajaran Pengaturcaraan C bagi pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu mengenal pasti satu perisian multimedia pendidikan bagi mata pelajaran Pengaturcaraan C yang bersifat interaktif yang menggabungkan elemen-elemen seperti teks, grafik, audio, video dan sebagainya bagi menarik minat dan keseronokan belajar, mengenal pasti satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran baru yang berorientasikan komputer bagi subjek Pengaturcaraan C dan membentuk budaya teknologi maklumat di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Kajian ini telah dijalankan di KUiTTHO, Batu Pahat, Johor. Seramai 30 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar semester pertama sesi Jun 2002, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang mengambil matapelajaran Pengaturcaraan C (BTI 1022) yang telah dipilih secara rawak. Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk dapatan dari soal selidik terhadap responden. Segala data dan maklumat yang telah diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden akan diproses dengan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for windows. Dapatan juga menunjukkan responden bersetuju bahawa perisian pendidikan multimedia yang dibangunkan berupaya meningkatkan pembelajaran mereka dan ciri-ciri multimedia yang diselitkan menarik serta boleh meningkatkan motivasi diri pelajar. Kesimpulannya CD-ROM Interaktif yang dibina beijaya menarik minat dan menambahkan keseronokan pelajar mempelajari mata pelajaran Pengaturcaraan C.