Aplikasi padlet dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (KOMSAS)

Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Padlet terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran cerpen Komponen Sastera (...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sulakah, Siti Masrah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/862/1/24p%20SITI%20MASRAH%20SULAKAH.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/862/2/SITI%20MASRAH%20SULAKAH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/862/3/SITI%20MASRAH%20SULAKAH%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Padlet terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran cerpen Komponen Sastera (KOMSAS). Kajian kuasi eksperimen yang telah dijalankan ini melibatkan 58 orang responden daripada kalangan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di daerah Pontian, Johor. Responden dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen yang diajar menggunakan aplikasi Padlet dan kumpulan kawalan yang diajar melalui kaedah tradisional. Kajian ini menggunakan dua set ujian, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian-t telah digunakan untuk menganalisis data perbezaan pencapaian antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan, manakala peratusan digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara skor pencapaian kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra dengan nilai signifikan p = 0.60. Dalam ujian pasca pula, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara skor pencapaian kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dengan nilai signifikan p=0.00. Selain itu, kumpulan kawalan menunjukkan perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dengan ujian pasca dengan nilai signifikan p=0.00. Kumpulan eksperimen juga menunjukkan perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dengan ujian pasca dengan nilai signifikan p=0.00. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap minat murid terhadap aplikasi Padlet dalam pengajaran dan pembelajaran cerpen KOMSAS adalah tinggi. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi Padlet dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan secara tidak langsung menarik minat pelajar dalam pembelajaran cerpen KOMSAS. Implikasi kajian ini ialah guru dapat menggunakan kaedah pengajaran kepada yang lebih menyeronokkan dan menghasilkan pengajaran yang berkesan berbanding kaedah tradisional.