Analisis keperluan pengguna bagi menghasilkan papan cerita untuk perisian pembelajaran amali: ujian ayakan bagi matapelajaran kejuruteraan jalan raya

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan papan cerita bagi membangunkan perisian multimedia untuk ujikaji makmal Kejuruteraan lalan Raya iaitu Ujian Ayakan. Kajian ini lebih menumpukan kepada penganalisisan keperIuan pelajar yang merangkumi aspek isi kandungan matapelajaran, mesra pengguna, unsur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Salam, Suhaila Azura
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8633/1/24p%20SUHAILA%20AZURA%20ABD%20SALAM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8633/2/SUHAILA%20AZURA%20ABD%20SALAM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8633/3/SUHAILA%20AZURA%20ABD%20SALAM%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan papan cerita bagi membangunkan perisian multimedia untuk ujikaji makmal Kejuruteraan lalan Raya iaitu Ujian Ayakan. Kajian ini lebih menumpukan kepada penganalisisan keperIuan pelajar yang merangkumi aspek isi kandungan matapelajaran, mesra pengguna, unsur motivasi dan aspek kefahaman. Responden kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar semester IV, Diploma Kejuruteraan A warn yang bertindak sebagai pengguna dan mengambil latihan amali makmal Kejuruteraan lalan Raya. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif atau perihal menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi melalui kaedah mengedarkan borang soal selidik. Kaedah ini dilakukan bagi mendapatkan respon untuk membuat analisis tahap keperIuan dan kriteria-kriteria yang dikehendaki oleh pengguna. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan program Statistical Package for Sosial Science (SPSS versi 10.0) bagi mendapatkan kekerapan taburan, peratus, nilai min dan nilai skor min bagi setiap bahagian item dalam borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa item-item pada setiap bahagian memberikan aras skor min di antara 3.01 hingga 4.5. Maka setiap keperJuan dan kehendak tersebut diaplikasikan dalam merekabentuk papan cerita. Papan cerita yang dihasilkan bertindak sebagai medium penghubungan di antara perekabentuk dengan pembangun perisian pendidikan.