Keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Projek Sarjana yang bertajuk "Keberkesanan Program Latihan Industri di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn adalah untuk menguji tahap keberkesanan latihan industri dari persepsi pelajar yang telah menjalani latihan industri. Responden...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salleh, Bibie Sara
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8642/1/24p%20BIBIE%20SARA%20SALLEH.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8642/2/BIBIE%20SARA%20SALLEH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8642/3/BIBIE%20SARA%20SALLEH%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek Sarjana yang bertajuk "Keberkesanan Program Latihan Industri di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn adalah untuk menguji tahap keberkesanan latihan industri dari persepsi pelajar yang telah menjalani latihan industri. Responden terdiri daripada 60 orang iaitu 21 orang pelajar Kejuruteraan Awam, 20 pelajar Kejuruteraan Elektrik dan 19 orang pelajar Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ke atas tahap keberkesanan latihan industri adalah dilihat dari 3 persoalan kajian yang pertama iaitu, 1- sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh pihak KUiTTHO dalam menentukan kesesuaian program latihan industri, 2- apakah tahap kesediaan pelajar KUiTTHO dalam menjalani latihan industri dan 3-sejauhmanakah sokongan yang diberikan oleh pihak organisasi terhadap program latihan industri. Data-data dianalisis daripada soal-selidik ke dalam bentuk min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan program latihan industri di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan KUiTTHO adalah tinggi merujuk kepada tahap kesediaan pelajar dalam menjalani latihan dan sokongan organisasi tempat latihan terhadap program latihan industri. Tetapi tahap keberkesanan yang merujuk kepada peranan pihak KUiTTHO dalam menentukan kesesuaian latihan industri adalah di tahap sederhana.