Suatu perbandingan penilaian prestasi pelajar mengikut kaum di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM: kaedah model linear bayesian dan model linear klasik
Kajian yang dijalankan ini melibatkan perbandingan prestasi pelajar di Fakulti Sains Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia mengikut kaum melalui kaedah model linear klasik dan model linear Bayesian. Untuk perbandingan model linear Bayesian, kajian dijalankan dengan mengambil kira penggunaan p...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8660/1/24p%20NORHAIDAH%20MOHD%20ASRAH.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian yang dijalankan ini melibatkan perbandingan prestasi pelajar di Fakulti
Sains Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia mengikut kaum melalui kaedah
model linear klasik dan model linear Bayesian. Untuk perbandingan model linear
Bayesian, kajian dijalankan dengan mengambil kira penggunaan prior bermaklumat
dan prior tak bermaklumat. Kajian tertumpu kepada para pelajar semester
satu sessi 2003-2004 di bawah fakulti ini seramai 1088 orang. Perbandingan
prestasi pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dibuat mengikut program dan
pusat pengajian. Hasil analisis yang didapati menunjukkan bahawa tiada perbezaan
yang ketara antara model linear klasik dan model linear Bayesian sekiranya
prior tak bermaklumat digunakan. Apabila dibandingkan analisis antara
prior bermaklumat dengan prior tak bermaklumat menggunakan model linear
Bayesian, di dapati bahawa terdapat perbezaan pada nilai parameter. Model linear
Bayesian yang menggunakan prior bermaklumat memberikan keputusan yang
lebih baik kerana nilai anggaran varians dan selang kebarangkalian Bayesian yang
lebih kecil berbanding dengan model linear Bayesian yang menggunakan prior tak
bermaklumat. Program Aktuari merupakan program yang mempunyai prestasi
yang lebih baik berbanding dengan program Iain di fakulti ini. Pusat pengajian
Sains Kimia dan Teknologi Makanan pula merupakan pusat pengajian yang terbaik
berbanding dengan pusat pengajian lain. Hasil analisis juga menunjukkan
bahawa prestasi pelajar bukan bumiputera adalah lebih baik berbanding dengan
pelajar bumiputera. Prestasi pelajar bumiputera adalah lebih cemerlang di dalam
program Bioteknologi Tumbuhan berbanding dengan prestasi pelajar bukan bumiputera
yang lebih cemerlang di dalam program Aktuari. Prestasi pelajar bumiputera
dan bukan bumiputera masing-masing lebih baik di dalam pusat pengajian
Sains Kimia dan Teknologi Makanan. |
---|