Kesan penggunaan peta konsep ke atas pencapaian mata pelajaran rekabentuk sistem dalam kalangan Pelajar program ijazah sarjana muda teknologi maklumat dan multimedia
Peta konsep adalah satu kaedah persembahan yang menerangkan sesuatu konsep dalam bentuk grafik. Penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan pemasalahan di dalam pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji keberke...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8750/1/24p%20NORAZLIN%20ZAINAL%20ABIDIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8750/2/NORAZLIN%20ZAINAL%20ABIDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8750/3/NORAZLIN%20ZAINAL%20ABIDIN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Peta konsep adalah satu kaedah persembahan yang menerangkan sesuatu konsep
dalam bentuk grafik. Penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan pemasalahan di
dalam pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji keberkesanan peta
konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran Rekabentuk Sistem bagi pelajar
tahun dua semester satu Program Ijazah Saijana Muda Teknologi Maklumat Dan
Multimedia. Kajian Kuasi-Eksperimental Bentuk Siri Masa Gangguan Sementara yang
dijalankan menggunakan ujian pra dan pos ke atas sampel seramai 25 orang pelajar bagi
kumpulan eksperimen dan 25 orang pelajar bagi kumpulan kawalan melalui kawalan
secara memadan. Kumpulan eksperimen telah diajar dengan bantuan peta konsep
manakala kumpulan kawalan diajar secara konvensional. Instrumen kajian yang
digunakan ialah borang soal selidik dan set soalan kuiz. Data dianalisis dengan
menggunakan SPSS 16.0 bagi data deskriptif iaitu frekuensi, skor min dan sisihan
piawai serta data inferensi melalui Ujian ANOVA sehala. Hasil kajian mendapati
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik Ujian Pra diantara
kedua-dua kumpulan (p>0.05) dengan skor min kumpulan eksperimen dan kumpulan
kawalan adalah 3.280, manakala terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik
Ujian Pos diantara kedua-dua kumpulan (p<0.05) dengan skor min tertinggi kumpulan
eksperimen adalah 5.760 berbanding kumpulan kawalan iaitu 4.280. Hasil dari kajian
ini menunjukkan bahawa penggunaan peta konsep telah meningkatkan keberkesanan
pembelajaran Analisis Dan Rekabentuk Sistem. Pelajar juga dapat menerima
penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran. |
---|