Penghasilan dan penilaian cd pembelajaran bagi subjek pneumatik

Perbezaan individu merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kepada kesulitan pelajar menerima sesuatu pembelajaran seperti gaya belajar dan motivasi. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan mengindividukan pembelajaran menggunakan CD pembelajaran. Objekti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman, Akmal
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9033/1/24p%20AKMAL%20ABDUL%20RAHMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9033/2/AKMAL%20ABDUL%20RAHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9033/3/AKMAL%20ABDUL%20RAHMAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbezaan individu merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kepada kesulitan pelajar menerima sesuatu pembelajaran seperti gaya belajar dan motivasi. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan mengindividukan pembelajaran menggunakan CD pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan CD pembelajaran untuk melihat sama ada aspek kefahaman dan persembahan pengajaran yang menarik dapat memudahkan proses pembelajaran pelajar. Di samping itu, kajian ini juga akan melihat sama ada penghasilan CD pembelajaran dapat meningkatkan motivasi para pelajar terhadap proses pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 30 orang pelajar semester lima Diploma Kejuaiteraan Mekanikal (Mekatronik) di Politeknik Kota Bharu (PKB). Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) versi 10.0 bagi mendapatkan peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan CD pembelajaran yang dihasilkan dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar, di samping mempunyai elemen persembahan pengajaran yang menarik. Hasil kajian juga mendapati bahawa penghasilan CD pembelajaran dapat mempertingkatkan motivasi pelajar terhadap proses pembelajaran.