Pembinaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) berbantukan komputer bagi mata pelajaran pengurusan perniagaan

Perkembangan dalam teknologi hari ini mempengaruhi setiap bidang dalam kehidupan. Begitu juga dalam bidang pendidikan. Selaras dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pembinaan ABBM berbantukan komputer bagi mata pelajaran Pengurusan Perniagaan di kalangan pelajar Diploma Akauntans...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kodiron, Hadijah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9037/1/24p%20HADIJAH%20KODIRON.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9037/2/HADIJAH%20KODIRON%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9037/3/HADIJAH%20KODIRON%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan dalam teknologi hari ini mempengaruhi setiap bidang dalam kehidupan. Begitu juga dalam bidang pendidikan. Selaras dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pembinaan ABBM berbantukan komputer bagi mata pelajaran Pengurusan Perniagaan di kalangan pelajar Diploma Akauntansi, Semester 3 di Politeknik Port Dickson. Kajian ini merangkumi empat aspek utama iaitu ABBM berbantukan komputer yang dibina dapat menarik minat, menambahkan kefahaman, meningkat motivasi dan penerimaan pelajar yang mengikuti proses P&P. Produk ini (ABBM berbantukan komputer) dibina dengan menggunakan 'Microsoft Powerpoint) versi XP. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada soal selidik yang telah dijalankan terhadap 37 orang responden yang dipilih daripada populasi. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan 'Statistical Packages for Social Sciences' (SPSS) versi 11.0 yang melibatkan skor min, kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian ini, mendapati bahawa pembinaan ABBM berbantukan komputer dari ke empat aspek yang dikaji adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu, dari dapatan ini menunjukkan bahawa pembinaan ABBM berbantukan komputer ini dapat menarik minat, menambahkan kefahaman, meningkat motivasi dan diterima oleh pelajar. Pengkaji mencadangkan supaya ABBM berbantukan komputer ini dimurnikan ke dalam bentuk web untuk memudahkan para pengguna memperolehi maklumat.