Pengurusan masa pelajar Kejuruteraan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Sains Malaysia (USM) : ke arah pembinaan jadual pengurusan masa pelajar kejuruteraan secara jarak jauh
Pengurusan masa yang berkesan amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Apatah lagi, jika ia melibatkan pelajar pendidikan jarak jauh yang mempunyai lebih dari satu komitmen dalam satu masa. Ekoran dari permasalahan ini, kajian ini dibuat bertujuan untuk melihat sejauhmana keperluan penggun...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9114/1/24p%20AZNIRA%20ZAINAL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9114/2/AZNIRA%20ZAINAL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9114/3/AZNIRA%20ZAINAL%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pengurusan masa yang berkesan amat penting dalam kehidupan seseorang
pelajar. Apatah lagi, jika ia melibatkan pelajar pendidikan jarak jauh yang mempunyai
lebih dari satu komitmen dalam satu masa. Ekoran dari permasalahan ini, kajian ini
dibuat bertujuan untuk melihat sejauhmana keperluan penggunaan jadual pengurusan
masa di kalangan pelajar yang mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) aliran
kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia. Kajian ini juga melihat item-item yang
diperlukan dalam menghasilkan jadual pengurusan masa di kalangan pelajar
kejuruteraan secara jarak jauh dan melihat bagaimanakah jadual pengurusan masa
tersebut mampu membantu pelajar kejuruteraan secara jarak jauh mengatur aktiviti
mereka. Terdapat 35 set soal selidik telah diedarkan kepada responden bagi memenuhi
kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif untuk
mendapatkan data. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa pelajar program
Pendidikan Jarak Jauh aliran kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia (USM)
memerlukan jadual pengurusan masa dalam mengatur aktiviti mereka. Antara item yang
perlu ada dalam jadual pengurusan masa tersebut ialah ibadat, mengulangkaji, keija,
peijalanan berulang alik ke tempat keija, belajar secara Pendidikan jarak Jauh (PJJ),
riadah dan sukan, peijalanan berulang alik ke tempat belajar, masa untuk keluarga dan
rakan, belajar secara berkumpulan dan belajar secara bersendirian. Dengan adanya
jadual pengurusan masa ia akan mampu membantu pelajar kejuruteraan secara jarak
jauh mengatur aktiviti mereka. Jadual perancangan keija, jadual m a s a harian, jadual
perancangan harian dan jadual perancangan mingguan merupakan pendekatan yang
dicadangkan dan boleh dipraktikkan agar masa dapat diatur dengan lebih sistematik. |
---|