Perlaksanaan penilaian berterusan meningkatkan pencapaian akademik pelajar: satu kajian di Politeknik Johor Bahru

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana perlaksanaan penilaian berterusan meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Objeh."1ifkajian adalah untuk mengetahui sejauhmana penilaian berterusan membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar, mengenalpasti teknik-teknik penilaian be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sabidin, Farhana
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9116/1/24p%20FARHANA%20SABIDIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9116/2/FARHANA%20SABIDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9116/3/FARHANA%20SABIDIN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana perlaksanaan penilaian berterusan meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Objeh."1ifkajian adalah untuk mengetahui sejauhmana penilaian berterusan membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar, mengenalpasti teknik-teknik penilaian berterusan dan kekerapannya, meninjau kesan perlaksanaan penilaian berterusan terhadap pelajar serta melihat hubungan di antara kaedah penilaian berterusan dengan kesan perlaksanaan penilaian berterusan terhadap pelajar. Populasi kajian ini terdiri daripada 91 orang pelajar semester lima daripada empat kursus iaitu: Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan), Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Rekabentuk Grafik dan Diploma Fesyen dan Pakaian, Politeknik Johor Bahru. Data-data diperolehi melalui soalselidik. Kaedah deskriptif (kekerapan dan min) dan Korelasi Pearson telah digunakan untuk v menganalisis data.Dapatan kajian menunjukkan perlaksanaan penilaian berterusan benar-benar membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Manakala 8 kaedah penilaian berterusan yang utama di keempat-empat Jabatan berkenaan telah dikenalpasti iaitu: ujian bertulis, tugasan, projek, kuiz bertulis, laporan, amali di bengkel dan amali di makmal. Bagi aspek kesan perlaksanaan penilaian berterusan terhadap pelajar didapati kuiz diadakan untuk menguji kefahaman tentang sesuatu topik yang baru dipelajari, kaedah ujian memerlukan untuk mengulangkaji pelajaran yang telah diajar, projek dapat menggalakkan semangat bekeIjasama, meningkatkan kreativiti dan menambah pengalaman manakala amaIi di makmallbengkel memerlukan untuk membuat pemerhatian terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. Akhirnya didapati, hubungan yang kuat terdapat antara antara kaedah penilaian berterusan dengan perlaksanaan penilaian berterusan dan kesannya terhadap pelajar. PenyeIidik berharap agar kajian ini dapat membantu pihak Politeknik amnya dan pensyarah khususnya di dalam usaha untuk memperbaiki program penilaian berterusan sedia ada.