Korelasi antara kekerapan penggunaan teknologi di kalangan pensyarah dan tenaga pengajar kejuruteraan terhadap pencapaian pelajar bumiputra yang berisiko di KUiTHHO

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji korelasi antara dimensi Kesedaran, Amalan, Kemahiran dan Sokongan pensyarah dan tenaga pengajar Fakulti Kejuruteraan, KUiTTHO terhadap penggunaan ATP dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ATP dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai fak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohammed Khalid, Sulaiman
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9181/1/24p%20SULAIMAN%20MOHAMMED%20KHALID.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9181/2/SULAIMAN%20MOHAMMED%20KHALID%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9181/3/SULAIMAN%20MOHAMMED%20KHALID%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji korelasi antara dimensi Kesedaran, Amalan, Kemahiran dan Sokongan pensyarah dan tenaga pengajar Fakulti Kejuruteraan, KUiTTHO terhadap penggunaan ATP dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ATP dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai faktor yang boleh meningkatkan prestasi pencapaian akademik calon-calon jurutera yang dilatih di KUiTTHO. Pencapaian akademik pelajar yang lemah, dengan kata lain dikategorikan sebagai pelajar berstatus risiko. Pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai berisiko dalam akademik ini juga berisiko untuk pekeijaan yang baik apabila tamat kelak. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang lemah antara keempat-empat dimensi Kesedaran, Amalan, Kemahiran dan Sokongan dengan penggunaan ATP oleh pensyarah dan tenaga pengajar di KUiTTHO. Hubungan yang lemah ini mengambarkan tahap penggunaan ATP yang tidak serius dan intensif oleh pensyarah dan tenaga pengajar dalam kuliah yang dikendalikan bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang seterusnya diharapkan akan menaikkan prestasi kecemerlangan akademik calon-calon jurutera tersebut. Sokongan daripada pihak Jabatan, Fakulti dan KUiTTHO juga tidak begitu menggalakkan dalam memberi penekanan terhadap penggunaan ATP oleh pensyarah dan tenaga pengajar dalam kuliah yang dikendalikan bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.