Cabaran-cabaran dalam pendidikan yang dihadapi oleh pelajar sarjana: tinjauan ke atas pelajar sarjana pendidikan (teknikal) di KUiTTHO

Kajian ini adalah usaha untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO. Aspek penting dalam cabaran tersebut terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu aspek Institusi, Situasi dan Psikologi. Selain daripada itu aspek perbezaan cabaran tersebut yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Osman, Asmiza
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9398/1/24p%20ASMIZA%20OSMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9398/2/ASMIZA%20OSMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9398/3/ASMIZA%20OSMAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah usaha untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO. Aspek penting dalam cabaran tersebut terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu aspek Institusi, Situasi dan Psikologi. Selain daripada itu aspek perbezaan cabaran tersebut yang dihadapi oleh pelajar mengikut jantina juga turut dikaji. Seramai 180 pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) iaitu lebih kurang 54% daripada populasi telah dipilih sebagai responden. Pemilihan dibuat secara rawak dan dipilih daripada pelajar saijana lelaki dan wanita semester I, II dan III Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu A (demografik), B (cabaran Institusi, Situasi dan Psikologi) dan C (Pendapat Umum). Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisa dalam bentuk min, ujian T dan ANOVA Satu Hala. Keputusan dibentangkan dalam bentuk jadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan tidak ada faktor cabaran yang muncul menjadi cabaran utama dalam pendidikan. Selain itu tidak wujud perbezaan pendapat terhadap cabaran pendidikan dewasa antara pelajar saijana lelaki dan wanita.