Persepsi pelajar sarjana terhadap subjek yang ditawarkan dalam Program Sarjana Pendidikan Teknikal di Kolej Untversiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi pelajar semester 3 Saijana Pendidikan KUiTTHO terhadap subjek-subjek yang ditawarkan dalam Program Saijana Pendidikan Teknikal di KUiTTHO. Kepentingan kajian ini adalah kerana subjek-subjek yang ditawarkan dalam sesuatu program akan menggambarka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sarip, Mohd. Zaidi
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9441/1/24p%20MOHD.%20ZAIDI%20SARIP.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9441/2/MOHD.%20ZAIDI%20SARIP%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9441/3/MOHD.%20ZAIDI%20SARIP%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi pelajar semester 3 Saijana Pendidikan KUiTTHO terhadap subjek-subjek yang ditawarkan dalam Program Saijana Pendidikan Teknikal di KUiTTHO. Kepentingan kajian ini adalah kerana subjek-subjek yang ditawarkan dalam sesuatu program akan menggambarkan kredibiliti graduan program tersebut. Penentuan subjek yang berkesan akan melahirkan graduan yang berkebolehan dan bersedia menghadapi cabaran alam pendidikan terutama dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional yang semakin berkembang. Kajian ini memfokuskan kepada 3 persoalan utama iaitu kegunaan subjek-subjek yang ditawarkan dalam pengajaran mereka di Politeknik, tahap pengetahuan pensyarah yang mengajar subjek-subjek tersebut dan penilaian yang diberikan oleh pensyarah kepada pelajar. Ia mengambil kira pandangan dan pendapat dari pelajar yang telah mengikuti semua subjek yang ditawarkan dalam program ini serta pengalaman mereka semasa menjalani program Latihan Mengajar selama 2 bulan di Politeknik. Seramai 76 orang telah terpilih sebagai responden dalam kajian ini dan dapatan dari kajian ini telah dianalisa menggunakan program SPSS Version 10.0. Hasil dapatan menunjukkan para pelajar secara keseluruhannya menyatakan kegunaan setiap subjek dalam pengajaran di Politeknik. Mereka juga menyatakan bahawa pensyarah yang mengajar subjek-subjek tersebut mempunyai pengetahuan yang secukupnya serta telah memberikan penilaian yang adil.