Penghasilan dan penilaian modul pembelajaran kendiri AutoCAD 2D isometrik
Kajian yang dijalankan adalah untuk membina dan menguji Modul Pembelajaran Kendiri AutoCAD 2D Isometrik. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan modul yang mempunyai reka bentuk yang sesuai untuk proses pembelajaran kendiri. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai modul dari asp...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9514/1/24p%20ROSWADY%20ABDUL%20WAHAB.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9514/2/ROSWADY%20ABDUL%20WAHAB%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9514/3/ROSWADY%20ABDUL%20WAHAB%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian yang dijalankan adalah untuk membina dan menguji Modul Pembelajaran
Kendiri AutoCAD 2D Isometrik. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan modul
yang mempunyai reka bentuk yang sesuai untuk proses pembelajaran kendiri. Selain itu,
kajian ini juga bertujuan untuk menilai modul dari aspek mesra pengguna dan juga untuk
menentukan kebolehlaksanaan modul yang dihasilkan dalam proses pembelajaran.
Responden dalam kajian ini seramai 57 orang pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan
Mekanikal (Pembuatan) tahun akhir di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn,
Parit Raja, Batu Pahat. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk tinjauan. Instrumen
dalam kajian ini ialah modul itu sendiri dan borang soal selidik. Hasil dapatan kajian ini
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS)
untuk mendapatkan skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul seperti ini
perlu dihasilkan untuk membantu di dalam proses pembelajaran pelajar dengan skor min
sebanyak 3.08. Modul yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri mesra pengguna yang
sangat memuaskan iaitu skor min 3.18 dan modul ini juga mempunyai kebolehlaksanaan
yang sangat memuaskan di dalam proses pembelajaran pelajar dengan skor min sebanyak
3.08. Kajian yang dijalankan juga didapati telah mencapai keseluruhan objektif yang
ingin dikaji terhadap modul pembelajaran kendiri yang dihasilkan |
---|