Pembangunan dan pengujian modul pembelajaran kendiri dalam bentuk cakera padat berinteraktif (sistem digit dan instrumentasi)
Kajian bertajuk ' Pembangunan Dan Pengujian Modul Pembelajaran Kendiri Dalam Bentuk Cakera Padat Berinteraktif (Sistem Digit dan Instrumentasi) , ini, dijalankan bagi mengenalpasti kebolehgunaan perisian pengajaran berbantu komputer sebagai salah satu medium alat bahan bantu pembelajaran. Ba...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9678/1/24p%20MUHAMAD%20AZLIN%20ISMAIL.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9678/2/MUHAMAD%20AZLIN%20ISMAIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9678/3/MUHAMAD%20AZLIN%20ISMAIL%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian bertajuk ' Pembangunan Dan Pengujian Modul Pembelajaran Kendiri
Dalam Bentuk Cakera Padat Berinteraktif (Sistem Digit dan Instrumentasi) , ini,
dijalankan bagi mengenalpasti kebolehgunaan perisian pengajaran berbantu komputer
sebagai salah satu medium alat bahan bantu pembelajaran. Bahan pembelajaran berbantu
komputer berbentuk CD-ROM interaktif 'Sistem Digit dan lnstrumentasi ' telah
dihasilkan menerusi satu pendekatan yang sistematik bermula dari proses tinjauan ke atas
tempat kajian, tinjauan ke atas sistem modul sedia ada, pelajar- pelajar seterusnya kepada
tenaga pengajar dan nasihat beberapa orang pakar dalam bidang multimedia dan pakar
mata pelajaran ini. Kajian ini dilakukan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
( KUiTTHO ) dengan menjadikan pelajar-pelajar Kejuruteraan Elektrik sebagai sampel
kajian. Maklum balas yang diperolehi menerusi borang soal selidik dianalisis dalam
bentuk statistik peratusan dan skor min menggunakan perisian Statistical Package For
Social Science (SPSS Versi 11.0) bagi menentukan tahap pengaruh perisian dalam aspek
meningkatkan pemahaman pelajar, memotivasikan pelajar dan aspek mesra pengguna
perisian yang dihasilkan. Hasil dapatan kajian mendapati, perisian MPK ini memenuhi
kriteria-kriteria di atas |
---|