Pembinaan modul pendekatan perancangan pengajaran berkesan kemahiran hidup bersepadu tingkatan 1
Modul Pendekatan Perancangan Pengajaran Berkesan Kemahiran Hidup Tingkatan 1 merupakan satu media pengajaran yang dibentuk untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah dibentuk untuk menilai sejauh mana modul ini dapat membantu guru dalam meningkatkan tahap minat, ke...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9691/1/24p%20ASPALILLA%20MAIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9691/2/ASPALILLA%20MAIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9691/3/ASPALILLA%20MAIN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Modul Pendekatan Perancangan Pengajaran Berkesan Kemahiran Hidup
Tingkatan 1 merupakan satu media pengajaran yang dibentuk untuk membantu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah dibentuk untuk menilai sejauh
mana modul ini dapat membantu guru dalam meningkatkan tahap minat, kefahaman,
kemahiran dan kekreatifan pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
Tingkatan 1. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 36 orang pelajar tingkatan 1
kursus EK bertahap sederhana di Sekolah Menengah Tun Ismail, Parit Raja Batu Pahat
Johor. Untuk kajian ini, instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik di mana
penilaian dilakukan berdasarkan kepada persepsi responden terhadap pengajaran guru,
sesi temubual dan juga pemerhatian. Data-data yang dikumpul dianalisis menggunakan
Statistical Packages for Social Sciences ( SPSS) Version 11.0 yang melibatkan skor
min. Dapatan kajian menunjukkan skor min bagi tahap minat pelajar (skor min=3.9906),
tahap kefahaman pelajar (skor min =3.8889), tahap kemahiran pelajar (skor
min=3.9120) dan tahap kreativiti pelajar (skor min=4.0972) adalah tinggi. Oleh itu, hasil
kajian mendapati bahawa Modul Pendekatan Perancangan Pengajaran Berkesan
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 ini boleh membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mencadangkan agar modul ini dapat dimurnikan
ke dalam bentuk web untuk memudahkan para pengguna memperolehi maklumat |
---|