Panduan penulisan objektif eksplisit dalam perancangan pengajaran bagi guru-guru pelatih pengurusan perniagaan dan perakaunan

Persediaan mengajar merupakan teras kepada seseorang guru sebelum memulakan sesi pengajarannya. Faktor terpenting memastikan para pelajar menguasai konsep pengajarannya adalah melalui penulisan objektif yang jelas. Penulisan objektif dalam bentuk eksplisit merupakan asas utama kepada seseorang gu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Miskam, Siti Norizan
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9710/1/24p%20SITI%20NORAZIAN%20MISKAM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9710/2/SITI%20NORAZIAN%20MISKAM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9710/3/SITI%20NORAZIAN%20MISKAM%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persediaan mengajar merupakan teras kepada seseorang guru sebelum memulakan sesi pengajarannya. Faktor terpenting memastikan para pelajar menguasai konsep pengajarannya adalah melalui penulisan objektif yang jelas. Penulisan objektif dalam bentuk eksplisit merupakan asas utama kepada seseorang guru untuk memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran telah terlaksana serta memudahkan penyediaan ujian. Analisis awal ke atas laporan penyelia untuk penilaian pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional sesi 2001/2002 semasa menjalani latihan mengajar (LM) menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar hanya mendapat keputusan sederhana dan lemah dalam menulis pernyataan objektif secara eksplisit semasa menjalani latihan mengajar. Para pensyarah bersetuju bahawa keadaan tersebut disebabkan kebanyakan pelajar tidak jelas dengan konsep dan teknik penulisan objektif secara ekplisit yang betul. Di atas dasar tersebut, sebuah buku Panduan Penulisan Objektif Pengajaran (PPOP) telah dihasilkan. Bagi mendapatkan gambaran sebenar, pengukuran kuantitatif dan kualitatif terhadap PPOP dilakukan dengan mengambil 47 orang pelajar yang mewakili keseluruhan populasi sebagai responden yang terdiri daripada pelajarpelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Semester 3 2002/2003 khusus dalam bidang Pengurusan, Perniagaan dan Perakaunan dan dua orang pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Kajian berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dan temubual dilakukan untuk mendapatkan penilaian pelajar dan pensyarah terhadap penulisan objektif pengajaran eksplisit di dalam menyediakan perancangan pengajaran. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 11 (Statistical Package for Social Sciences). Hasil dapatan dianalisis menggunakan sisihan piawai dan nilai purata. Mereka telah diminta untuk menilai keperluan PPOP, bentuk maklumat, isi kandungan, sifat user friendly dan kebolehgunaan panduan tersebut. Dari hasil kajian dan perbincangan, dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa PPOP yang dihasilkan adalah perlu untuk dibangunkan dan mempunyai tahap kebolehgunaan yang baik semasa menyediakan perancangan pengajaran mereka. Ia diharap dapat membantu para pelajar menulis objektif pengajaran dengan lebih tepat dan jelas pada masa akan datang