Penghasilan dan penilaian video dokumentari pelepasan diri dan rebat cukai untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek pencukaian Malaysia 1 kursus diploma akauntasi di Politeknik Port Dickson

Kajian ini cuba memperkenalkan penggunaan video dokumentari sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam pengajaran subjek Pencukaian Malaysia I untuk topik Pelepasan Diri dan Rebat Cukai di politeknik di Malaysia. Fokus kajian ini ialah untuk melihat penerimaan pelajar terhadap video dokumentari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Kadir, Khairulnizan
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9951/2/24p%20KHAIRULNIZAN%20ABDUL%20KADIR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9951/1/KHAIRULNIZAN%20ABDUL%20KADIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9951/3/KHAIRULNIZAN%20ABDUL%20KADIR%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini cuba memperkenalkan penggunaan video dokumentari sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam pengajaran subjek Pencukaian Malaysia I untuk topik Pelepasan Diri dan Rebat Cukai di politeknik di Malaysia. Fokus kajian ini ialah untuk melihat penerimaan pelajar terhadap video dokumentari yang dihasilkan dengan mengambilkira aspek isi kandungan dan persembahan pengajarannya. Seramai 38 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester enam kursus Diploma Akauntansi di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan telah dipilih sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan tahap pemahaman responden selepas menggunakan video dokumentari. Pura ta skor min iaitu 3 .29 untuk aspek isi kandungan dan 3.33 untuk aspek persembahan pengajaran menunjukkan penerimaan responden terhadap keupayaan video dokumentari. Tahap pencapaian mereka juga meningkat sebanyak 16% berdasarkan kepada perbezaan min markah ujian awal dan ujian akhir. Dapat disimpulkan video dokumentari yang dihasilkan adalah sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek Pencukaian Malaysia I