Pemikiran algebra melalui pembelajaran kolaboratif atas talian

Kurikulum matematik negara maju telah lama memberi perhatian kepada pemikiran algebra yang lazimnya dikukuhkan melalui pengajaran langsung. Sebahagian komponen pemikiran algebra terdapat dalam kurikulum tempatan tetapi belum lagi diajar secara eksplisit. Oleh itu kajian keatas pemikiran algebra seca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adilah Adni, Noor Diyana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/32371/1/NoorDiyanaAdilahMFP2012.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kurikulum matematik negara maju telah lama memberi perhatian kepada pemikiran algebra yang lazimnya dikukuhkan melalui pengajaran langsung. Sebahagian komponen pemikiran algebra terdapat dalam kurikulum tempatan tetapi belum lagi diajar secara eksplisit. Oleh itu kajian keatas pemikiran algebra secara langsung dalam bilik darjah sukar dilaksanakan di negara kita. Kajian ini bertujuan untuk melihat pemikiran algebra yang dibina melalui persekitaran pembelajaran kolaboratif atas talian, khususnya aktiviti chat, e-forum dan assignment. Kajian kualitatif ini berbentuk bukan eksperimen dan tidak membabitkan kumpulan kawalan. Tiga kumpulan kecil yang setiap satunya terdiri daripada tiga orang pelajar dan guru saling berbincang dan berkolaborasi. Kesemua ciri pemikiran algebra yang terhasil dianalisis berdasarkan dua komponen pemikiran algebra iaitu komponen alat pemikiran matematik dan komponen idea asas algebra (Kriegler, 2007). Ciri pemikiran algebra berdasarkan komponen alat pemikiran algebra dilihat dari segi penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah, menggunakan perwakilan dan penaakulan kuantitatif. Berdasarkan komponen idea asas algebra pula, ciri pemikiran algebra menfokuskan kepada algebra sebagai generalisasi aritmetik, bahasa serta fungsi dan permodelan matematik. Secara keseluruhannya, kumpulan pelajar telah menguasai sepenuhnya komponen idea asas algebra iaitu algebra sebagai generalisasi aritmetik, bahasa serta fungsi serta permodelan matematik melalui aktiviti Chat, Forum dan Assignment. Melalui aktiviti Chat, kumpulan pelajar telah menguasai dua kemahiran iaitu menggunakan perwakilan dan penaakulan kuantitatif berbanding kemahiran menyelesaikan masalah. Melalui aktiviti Forum dan Assignment, kumpulan pelajar berjaya menguasai kesemua kemahiran seperti menyelesaikan masalah, menggunakan perwakilan dan penaakulan kuantitatif. Memandangkan hasil kajian yang memberangsangkan, para guru haruslah mempertimbangkan pembelajaran kolaboratif atas talian sebagai satu pendekatan pembelajaran dan pengajaran pemikiran algebra.