Peranan pemaju dan masalah pengurusan bangunan bertingkat sebelum mendapat hakmilik strata : kajian kes : rumah pangsa PKNS di Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan

Isu pemaju dalam menguruskan pentadbiran dan pengurusan bangunan bertingkat sebelum mendapat hakmilik strata telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan. Isu ini dipandang serius kerana pemaju terpaksa menjalankan kerja-kerja sebagai pihak perbadanan pengurusan sehinggalah dokumen hakmilik strat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rashid, Zainal Abidin
Format: Thesis
Published: 2003
Subjects:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu pemaju dalam menguruskan pentadbiran dan pengurusan bangunan bertingkat sebelum mendapat hakmilik strata telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan. Isu ini dipandang serius kerana pemaju terpaksa menjalankan kerja-kerja sebagai pihak perbadanan pengurusan sehinggalah dokumen hakmilik strata dikeluarkan. Pelbagai keluhan dan rungutan sering ditimbulkan oleh pemaju dan pemaju juga tidak mengetahui peranannya yang sebenar dalam melaksanakan kerja-kerja pngurusan bangunan. Menyedari akan isu ini, maka satu kajian telah dijalankan oleh penulis untuk mengenalpasti peranan dan permasalahan yang dihadapi oleh pemaju sebelum mendapat ... . . - hakmilik strata. Penulis telah memilih kawasan Kota Damansara, iaitu salah satu kawasan di bawah pentadbiran pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (pKNS) sebagai kawasan kajian dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif sebagai metodologi. Penulis telah menjalankan sesi temuramah dan menghantar borang soalselidik terhadap pihak-pihak yang berkaitan untuk mendapatkan sumber data primer bagi menjalankan analisis. Penemuan bagi kajian ini mendapati bahawa masalah yang sering wujud kebanyakannya dipengaruhi oleh pemaju yang tidak memahami peranan sebenar mereka sebagai pihak pentadbiran dan pengurusan. Bagi pihak pemilik petak pula, mereka telah bersedia untuk menerima Perbadanan Pengurusan bagi meneruskan kerjakerja pengurusan apabila hakmilik strata dikeluarkan. Mereka juga mahukan pihak kerajaan iaitu PKNS menjadi Perbadanan Pengurusan apabila dokumen hakmilik strata dikeluarkan dan akan memberi komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak perbadanan pengurusan. Di akhir penulisan, cadangan-cadangan yang bersesuaian diberikan bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dikenalpasti. Penulis berharap dengan adanya kajian ini, maka ia dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan dalam pengurusan bangunan bertingkat, khususnya pihak pemaju agar memahami peranan masing-masing dengan lebih jelas dan terperinci agar pentadbiran dan pengurusan bangunan bertingkat dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan berjaya.