Hubungan antara pendidikan agama, keseimbangan kognitif dan tingkah laku positif di kalangan pelajar darjah khas sekolah agama di Johor Bahru
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pendidikan agama secara formal dan informal dengan keseimbangan kognitif; kaitannya dengan tingkah laku positif; dan perbezaan antara keseimbangan kognitif berdasarkan jantina pelajar. Seramai 400 orang pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Keraj...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/6458/1/MohdFadzliMFP2007.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pendidikan agama secara formal dan informal dengan keseimbangan kognitif; kaitannya dengan tingkah laku positif; dan perbezaan antara keseimbangan kognitif berdasarkan jantina pelajar. Seramai 400 orang pelajar Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Negeri di Johor Bahru telah dipilih secara rawak bagi kajian ini. Satu kajian rintis telah dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen. Instrumen yang digunakan untuk mengenal pasti pendidikan agama secara formal dan informal masing-masing mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.628 dan 0.650. Nilai kebolehpercayaan instrumen untuk mengenal pasti keseimbangan kognitif dan tingkah laku positif pelajar masing-masing adalah 0.652 dan 0.695. Nilai Alfa Cronbach keseluruhan instrumen adalah 0.721. Statistik deskriptif iaitu min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai digunakan bagi analisis taburan. Pendidikan agama secara formal pelajar didapati mempunyai tahap min keseluruhan yang tinggi. Manakala min keseluruhan bagi pendidikan agama secara informal, keseimbangan kognitif dan tingkah laku positif pelajar berada pada tahap yang sederhana. Analisis korelasi Pearson digunakan bagi menganalisis hubungan antara pembolehubah, dan dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara semua pembolehubah berkenaan. Ujian-t pula digunakan bagi menganalisis perbezaan berdasarkan jantina. Bagaimanapun, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada keseimbangan kognitif berdasarkan jantina. Aras signifikasi bagi analisis korelasi dan Ujian-t adalah 0.05. |
---|