Tahap kesediaan guru terhadap pelaksanaan model pengajaran simulasi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

Kajian ini membincangkan kesediaan guru terhadap pelaksanaan pengajaran berasaskan model pengajaran simulasi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Aspek pendedahan, pengalaman dan kesediaan guru Pendidikan Islam mengajar melalui kaedah simulasi ditekankan dalam kajian ini. Populasi kajian ini ialah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad, Suhaimi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/6575/1/SuhaimiMuhamadMFP2007.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan kesediaan guru terhadap pelaksanaan pengajaran berasaskan model pengajaran simulasi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Aspek pendedahan, pengalaman dan kesediaan guru Pendidikan Islam mengajar melalui kaedah simulasi ditekankan dalam kajian ini. Populasi kajian ini ialah guru-guru Pendidkan Islam di 10 buah sekolah menengah di Daerah Kota Tinggi, Johor. Seramai 50 orang guru dipilih sebagai sampel dalam kajian ini yang mewakili sekolah bandar dan luar bandar. Reka bentuk kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina oleh pengkaji sendiri sebagai instrument untuk mengenalpasti tahap kesediaan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Pendidikan Islam yang berkhidmat di luar bandar lebih bersedia untuk menggunakan kaedah simulasi dalam pengajaran mereka berbanding guru-guru yang berkhidmat di kawasan bandar. Adalah diharapkan dengan terhasilnya kajian ini nanti akan memberi manafaat kepada para guru dalam pengajaran mereka, begitu juga kepada pendidik dan barisan pensyarah di Institut Perguruan dalam melaksanakan program latihan perguruan dan kepada barisan penggubal kurikulum agar menjadikannya model pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru di sekolah.