Peranan amalan kelestarian sebagai pengantara ke atas hubungan di antara latihan pekerja dan prestasi Universiti Awam Malaysia
Universiti Awam (UA) merupakan entiti yang penting dalam sektor pendidikan di seluruh dunia kerana dibiayai secara penuh atau sebahagian oleh kerajaan negara atau setempat. Kerajaan Malaysia sentiasa memperuntukkan dana tertentu bagi melatih pekerja dan menyediakan pelaburan yang tinggi bagi menjami...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/99010/1/DinaAzleemaMohamedPAHIBS2022.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my-utm-ep.99010 |
---|---|
record_format |
uketd_dc |
spelling |
my-utm-ep.990102023-02-22T04:14:49Z Peranan amalan kelestarian sebagai pengantara ke atas hubungan di antara latihan pekerja dan prestasi Universiti Awam Malaysia 2022 Mohamed Nor, Dina Azleema H Social Sciences (General) HD Industries. Land use. Labor Universiti Awam (UA) merupakan entiti yang penting dalam sektor pendidikan di seluruh dunia kerana dibiayai secara penuh atau sebahagian oleh kerajaan negara atau setempat. Kerajaan Malaysia sentiasa memperuntukkan dana tertentu bagi melatih pekerja dan menyediakan pelaburan yang tinggi bagi menjamin kelangsungan operasi UA terpelihara serta memastikan prestasi UA di Malaysia setanding dengan institusi antarabangsa. Walau bagaimanapun, pengetahuan tentang penentu prestasi UA di Malaysia terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan latihan dan amalan kelestarian di kalangan pekerja adalah kurang. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penentu prestasi UA di Malaysia. Kajian ini bermula dengan perbincangan tentang prestasi organisasi dengan menggabungkan teori modal insan dan teori sistem bagi membangunkan penentu prestasi UA di Malaysia secara holistik. Kajian ini mengkategorikan latihan pekerja kepada tujuh faktor utama iaitu analisa keperluan latihan, diikuti dengan sokongan pengurusan atasan, aktiviti latihan, polisi latihan, kos latihan, pengajar dan peserta latihan. Tambahan lagi, peranan empat dimensi amalan kelestarian iaitu dimensi sosial, institusi, ekonomi dan persekitaran digunakan untuk mengantara hubungan antara faktor latihan pekerja dan tujuh dimensi prestasi organisasi iaitu proses dalaman, kewangan, pemegang taruh, inovasi, pembelajaran & peningkatan, kualiti dan persekitaran. Sejumlah 317 orang responden dari UA telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Model Persamaan Struktur menggunakan kaedah berasaskan varians atau VBSEM telah digunakan sebagai kaedah analisis data untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah serta menguji pengantara. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor analisa keperluan latihan menunjukkan nilai cross loading paling tinggi berbanding faktor lain dalam latihan pekerja. Bagi pemboleh ubah amalan kelestarian, nilai cross loading tertinggi dicatatkan oleh dimensi sosial manakala dimensi proses dalaman bagi pemboleh ubah prestasi organisasi. Kesemua dimensi konstruk dalam kajian ini merupakan pengukur terbaik dan holistik bagi prestasi UA Malaysia. Hasil analisis laluan menunjukkan bahawa peranan amalan kelestarian dapat mengantara hubungan antara faktor-faktor latihan pekerja dan prestasi UA. Manakala latihan pekerja turut mempengaruhi amalan kelestarian serta terdapat hubungan kesan langsung yang signifikan dan positif antara latihan dan prestasi UA. Oleh itu, ia jelas menunjukkan bahawa latihan pekerja di UA mempengaruhi prestasi organisasi serta hipotesis bagi hubungan kesan langsung ini adalah disokong. Dapatan kajian ini bukan sahaja mendedahkan penentu prestasi UA malah menambah pengetahuan tentang kelestarian melalui pemahaman terhadap kesan pengantara amalan kelestarian terhadap latihan pekerja dan prestasi UA. Kajian ini juga memberi sumbangan dalam menambah model-model prestasi organisasi dan dengan itu mengatasi kelemahan kerangka teori-teori organisasi sedia ada. Secara praktikal, hasil dapatan ini memberi mesej berguna kepada pembuat dasar pendidikan tinggi dan golongan profesional Universiti untuk memberi penekanan ke atas pengurusan latihan dan amalan kelestarian bagi meningkatkan prestasi UA. Oleh kerana kajian ini juga memberikan satu kerangka penentu prestasi yang boleh diaplikasi, disyorkan bahawa kajian pada masa hadapan turut dijalankan terhadap sektor pendidikan yang lain di Malaysia. 2022 Thesis http://eprints.utm.my/id/eprint/99010/ http://eprints.utm.my/id/eprint/99010/1/DinaAzleemaMohamedPAHIBS2022.pdf application/pdf en public http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:147013 phd doctoral Universiti Teknologi Malaysia, Azman Hashim International Business School Azman Hashim International Business School |
institution |
Universiti Teknologi Malaysia |
collection |
UTM Institutional Repository |
language |
English |
topic |
H Social Sciences (General) H Social Sciences (General) |
spellingShingle |
H Social Sciences (General) H Social Sciences (General) Mohamed Nor, Dina Azleema Peranan amalan kelestarian sebagai pengantara ke atas hubungan di antara latihan pekerja dan prestasi Universiti Awam Malaysia |
description |
Universiti Awam (UA) merupakan entiti yang penting dalam sektor pendidikan di seluruh dunia kerana dibiayai secara penuh atau sebahagian oleh kerajaan negara atau setempat. Kerajaan Malaysia sentiasa memperuntukkan dana tertentu bagi melatih pekerja dan menyediakan pelaburan yang tinggi bagi menjamin kelangsungan operasi UA terpelihara serta memastikan prestasi UA di Malaysia setanding dengan institusi antarabangsa. Walau bagaimanapun, pengetahuan tentang penentu prestasi UA di Malaysia terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan latihan dan amalan kelestarian di kalangan pekerja adalah kurang. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penentu prestasi UA di Malaysia. Kajian ini bermula dengan perbincangan tentang prestasi organisasi dengan menggabungkan teori modal insan dan teori sistem bagi membangunkan penentu prestasi UA di Malaysia secara holistik. Kajian ini mengkategorikan latihan pekerja kepada tujuh faktor utama iaitu analisa keperluan latihan, diikuti dengan sokongan pengurusan atasan, aktiviti latihan, polisi latihan, kos latihan, pengajar dan peserta latihan. Tambahan lagi, peranan empat dimensi amalan kelestarian iaitu dimensi sosial, institusi, ekonomi dan persekitaran digunakan untuk mengantara hubungan antara faktor latihan pekerja dan tujuh dimensi prestasi organisasi iaitu proses dalaman, kewangan, pemegang taruh, inovasi, pembelajaran & peningkatan, kualiti dan persekitaran. Sejumlah 317 orang responden dari UA telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Model Persamaan Struktur menggunakan kaedah berasaskan varians atau VBSEM telah digunakan sebagai kaedah analisis data untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah serta menguji pengantara. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor analisa keperluan latihan menunjukkan nilai cross loading paling tinggi berbanding faktor lain dalam latihan pekerja. Bagi pemboleh ubah amalan kelestarian, nilai cross loading tertinggi dicatatkan oleh dimensi sosial manakala dimensi proses dalaman bagi pemboleh ubah prestasi organisasi. Kesemua dimensi konstruk dalam kajian ini merupakan pengukur terbaik dan holistik bagi prestasi UA Malaysia. Hasil analisis laluan menunjukkan bahawa peranan amalan kelestarian dapat mengantara hubungan antara faktor-faktor latihan pekerja dan prestasi UA. Manakala latihan pekerja turut mempengaruhi amalan kelestarian serta terdapat hubungan kesan langsung yang signifikan dan positif antara latihan dan prestasi UA. Oleh itu, ia jelas menunjukkan bahawa latihan pekerja di UA mempengaruhi prestasi organisasi serta hipotesis bagi hubungan kesan langsung ini adalah disokong. Dapatan kajian ini bukan sahaja mendedahkan penentu prestasi UA malah menambah pengetahuan tentang kelestarian melalui pemahaman terhadap kesan pengantara amalan kelestarian terhadap latihan pekerja dan prestasi UA. Kajian ini juga memberi sumbangan dalam menambah model-model prestasi organisasi dan dengan itu mengatasi kelemahan kerangka teori-teori organisasi sedia ada. Secara praktikal, hasil dapatan ini memberi mesej berguna kepada pembuat dasar pendidikan tinggi dan golongan profesional Universiti untuk memberi penekanan ke atas pengurusan latihan dan amalan kelestarian bagi meningkatkan prestasi UA. Oleh kerana kajian ini juga memberikan satu kerangka penentu prestasi yang boleh diaplikasi, disyorkan bahawa kajian pada masa hadapan turut dijalankan terhadap sektor pendidikan yang lain di Malaysia. |
format |
Thesis |
qualification_name |
Doctor of Philosophy (PhD.) |
qualification_level |
Doctorate |
author |
Mohamed Nor, Dina Azleema |
author_facet |
Mohamed Nor, Dina Azleema |
author_sort |
Mohamed Nor, Dina Azleema |
title |
Peranan amalan kelestarian sebagai pengantara ke atas hubungan di antara latihan pekerja dan prestasi Universiti Awam Malaysia |
title_short |
Peranan amalan kelestarian sebagai pengantara ke atas hubungan di antara latihan pekerja dan prestasi Universiti Awam Malaysia |
title_full |
Peranan amalan kelestarian sebagai pengantara ke atas hubungan di antara latihan pekerja dan prestasi Universiti Awam Malaysia |
title_fullStr |
Peranan amalan kelestarian sebagai pengantara ke atas hubungan di antara latihan pekerja dan prestasi Universiti Awam Malaysia |
title_full_unstemmed |
Peranan amalan kelestarian sebagai pengantara ke atas hubungan di antara latihan pekerja dan prestasi Universiti Awam Malaysia |
title_sort |
peranan amalan kelestarian sebagai pengantara ke atas hubungan di antara latihan pekerja dan prestasi universiti awam malaysia |
granting_institution |
Universiti Teknologi Malaysia, Azman Hashim International Business School |
granting_department |
Azman Hashim International Business School |
publishDate |
2022 |
url |
http://eprints.utm.my/id/eprint/99010/1/DinaAzleemaMohamedPAHIBS2022.pdf |
_version_ |
1776100589122355200 |