Pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan melibatkan persekitaran pekerjaan krew kenderaan perisai tentera darat.

Kemalangan di tempat kerja adalah merupakan salah satu faktor penyebab kecederaan atau kematian kepada para pekerja masa kini yang mana secara amnya sektor-sektor pembinaan dan pembuatan dikategorikan sebagai penyumbang tertinggi kes kemalangan industri di Malaysia. Walaupun Angkatan Tentera Malaysi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Radzi, Elias
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/10481/1/permission%20to%20use-ALLOWED.pdf
https://etd.uum.edu.my/10481/2/s826841_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemalangan di tempat kerja adalah merupakan salah satu faktor penyebab kecederaan atau kematian kepada para pekerja masa kini yang mana secara amnya sektor-sektor pembinaan dan pembuatan dikategorikan sebagai penyumbang tertinggi kes kemalangan industri di Malaysia. Walaupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkecuali daripada ruang litup pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, namun kecederaan dan kematian akibat terdedahnya kepada hazard dan risiko di dalam persekitaran pekerjaan tidak mengenal apa jua sektor atau bidang tertentu. Kajian yang dilaksanakan ini akan menjurus secara mendalam berkaitan aspek pematuhan terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (K&KP) di dalam persekitaran rutin harian kerja krew kenderaan perisai, Tentera Darat (TD). Kerangka kajian ini adalah secara deskriptif dan keratan rentas. Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian kuatitatif dengan melaksanakan tinjauan soal selidik serta pengumpulan data-data di Pasukan Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja (3 KAD) secara khasnya serta lain-lain pasukan TD secara amnya. Responden adalah terdiri daripada krew kenderaan yang bertugas di 3 KAD serta lain-lain pasukan TD . Sebanyak 300 set borang soal selidik telah diedarkan bagi mendapatkan data kajian ini serta dianalisa melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 27.0 melalui analisa deskriptif dan analisa korelasi pearson. Maklum balas daripada hasil kajian secara dasarnya menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara latihan kompetensi, servisibiliti kenderaan, dan keselesaan krew dengan keberkesanan tadbir urus untuk mengekalkan serta meningkatkan prestasi keselamata krew di 3 KAD.