Hubungan antara komitmen pengurusan, latihan keselamatan dan persepsi risiko dengan prestasi keselamatan dalam kalangan pekerja kafeteria Universiti Islam Antarangsa Malaysia Gombak
Prestasi keselamatan merupakan salah satu elemen utama dalam memastikan persekitaran tempat kerja selamat. Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mencari hubungan antara komitmen pengurusan, latihan keselamatan dan persepsi risiko dengan prestasi keselamatan dalam kalangan pekerja kafeteria Univers...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | eng eng eng |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://etd.uum.edu.my/10882/1/Depositpermision-Embargo%201%20yrs_s827948.pdf https://etd.uum.edu.my/10882/2/s827948_01.pdf https://etd.uum.edu.my/10882/3/s827948_02.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Prestasi keselamatan merupakan salah satu elemen utama dalam memastikan persekitaran tempat kerja selamat. Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mencari hubungan antara komitmen pengurusan, latihan keselamatan dan persepsi risiko dengan prestasi keselamatan dalam kalangan pekerja kafeteria Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik dengan melibat 150 orang pekerja kafeteria sebagai responden kajian. Kajian ini dijalan dengan menggunakan teknik persampelan kelompok. Perisian Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 27 digunakan untuk menganalisis data. Hasil analisis kolerasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kesemua pemboleh ubah kajian. Komitmen pengurusan, latihan keselamatan dan persepsi risiko mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan prestasi keselamatan. Persepsi risiko menunjukkan tahap hubungan adalah sederhana manakala komitmen pengurusan dan latihan keselamatan pula masingmasing menunjukkan nilai kekuatan hubungan adalah tinggi. |
---|