Hubungan Antara Komitmen Pengurusan, Komunikasi Keselamatan, Dan Persepsi Risiko Dengan Prestasi Keselamatan Dalam Kalangan Pekerja Tenaga Nasional Berhad (Tnb) Bangsar Kuala Lumpur
Kertas kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komitmen pengurusan, komunikasi keselamatan dan persepsi risiko dengan prestasi keselamatan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bangsar, Kuala Lumpur. Kajian ini menawarkan wawasan yang berharga bagi organisasi dalam usaha untuk mempertingkatka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | eng eng eng |
Published: |
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://etd.uum.edu.my/11252/1/depositpermission-s829965.pdf https://etd.uum.edu.my/11252/2/s829965_01.pdf https://etd.uum.edu.my/11252/3/s829965_02.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kertas kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komitmen pengurusan, komunikasi keselamatan dan persepsi risiko dengan prestasi keselamatan di Tenaga Nasional
Berhad (TNB) Bangsar, Kuala Lumpur. Kajian ini menawarkan wawasan yang berharga bagi organisasi dalam usaha untuk mempertingkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan
(KKP), serta mengurangkan insiden kemalangan di tempat kerja. Pengumpulan data dilakukan melalui penggunaan borang soal selidik yang telah diadaptasi dari kajian-kajian terdahulu dan dikonfigurasikan sebagai skala Likert dengan melibatkan 128 orang
responden. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Hasil analisis korelasi, menggunakan Perisian Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) Versi 27, menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara semua pembolehubah yang dikaji. Komitmen pengurusan, komunikasi keselamatan dan persepsi risiko, masing-masing menunjukkan nilai kekuatan hubungan yang tinggi, iaitu r = 0.718 r = 0.678 dan r = 0.721. Ini menunjukkan ketiga-tiga dimensi iklim keselamatan yang dikaji memberikan sumbangan penting kepada prestasi keselamatan. Teori Pertukaran Sosial digunakan sebagai landasan
teoretikal dalam kajian ini, menegaskan kepentingan organisasi untuk mengambil kira komitmen pengurusan, komunikasi keselamatan dan persepsi risiko sebagai faktor utama dalam usaha meningkatkan prestasi keselamatan. |
---|