Hubungan Antara Amalan Pengurusan Keselamatan Dengan Kesedaran Keselamatan Dalam Kalangan Anggota Tentera Terhadap Konvoi Kenderaan Tentera Semasa Di Jalan Raya

Amalan pengurusan keselamatan dan kesedaran keselamatan memainkan peranan yang penting dalam pencegahan kemalangan dan pembangunan budaya kerja selamat di tempat kerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan pengurusan keselamatan dan kesedaran keselamatan dalam kalangan an...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Faizal, Jaafar
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11423/1/depositpermission-s829962.pdf
https://etd.uum.edu.my/11423/2/s829962_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Amalan pengurusan keselamatan dan kesedaran keselamatan memainkan peranan yang penting dalam pencegahan kemalangan dan pembangunan budaya kerja selamat di tempat kerja. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan pengurusan keselamatan dan kesedaran keselamatan dalam kalangan anggota tentera terhadap konvoi kenderaan tentera semasa di jalan raya. Kajian ini menggunakan soal selidik dengan melibatkan 207 orang tentera daripada Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebagai responden. Bagi pengumpulan data kaedah pensampelan berstrata yang tidak seimbang (disproportionate stratified sampling) dan pensampelan rawak (random sampling) telah digunakan. Analisis data-data kajian telah menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) version 27 for Windows. Analisis deskriptif menunjukkan tahap amalan pengurusan keselamatan yang diamalkan oleh pasukan adalah pada tinggi manakala tahap kesedaran keselamatan dikalangan anggota tentera adalah tinggi. Analisis korelasi menunjukkan komitmen pengurusan, latihan keselamatan, penglibatan pekerja, peraturan dan prosedur keselamatan serta dasar mempromosikan keselamatan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesedaran keselamatan. Manakala analisis regresi menunjukkan bahawa komitmen pengurusan, dasar mempromosikan keselamatan dan penglibatan pekerja dapat mempengaruhi kesedaran keselamatan. Justeru, komitmen pengurusan adalah sangat penting dalam program keselamatan pekerjaan serta membudayakan cara kerja selamat di tempat kerja keselamatan. Selain itu penglibatan pekerja dalam aktiviti keselamatan pekerjaan perlu dipertingkatkan agar wujud komunikasi serta maklum balas yang baik dengan pihak pengurusan.