Gelagat kepatuhan pendidikan profesional berterusan dalam kalangan akauntan awam di Malaysia

Pendidikan profesional berterusan (CPE) berstruktur memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para akauntan dalam amalan awam. Justeru, akauntan profesional di Malaysia diwajibkan untuk mematuhi keperluan CPE berstruktur. Walau bagaimanapun,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Syahrir, Rahim
Format: Thesis
Language:eng
eng
eng
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/9517/1/permission%20to%20deposit_901531.pdf
https://etd.uum.edu.my/9517/2/s901531_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/9517/3/s901531_02.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan profesional berterusan (CPE) berstruktur memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para akauntan dalam amalan awam. Justeru, akauntan profesional di Malaysia diwajibkan untuk mematuhi keperluan CPE berstruktur. Walau bagaimanapun, laporan Institut Akauntan Malaysia (MIA) menunjukkan tahap kepatuhan CPE berstruktur dalam kalangan akauntan dalam amalan awam adalah tidak memuaskan. Isu ketidakpatuhan ini penting kerana ia boleh menjejaskan tahap kecekapan para akauntan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang melibatkan kepentingan awam. Setakat ini, faktor-faktor yang mempengaruhi kepatuhan CPE berstruktur masih lagi belum diperjelaskan dalam mana-mana kajian empirikal. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk menyelidik faktor-faktor yang mempengaruhi niat dan gelagat kepatuhan CPE berstruktur dalam kalangan akauntan di Malaysia. Model kajian ini adalah berasaskan kepada Teori Gelagat Terancang (TPB). Seramai 228 akauntan dalam amalan awam yang merupakan ahli MIA telah terlibat dalam kajian ini. Data untuk kajian ini diperolehi menerusi bancian soal selidik isi sendiri dan dianalisis menggunakan Partial Least Square-Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan tanggapan manfaat tanggapan implikasi ketidakpatuhan dan efikasi kendiri mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan niat kepatuhan CPE berstruktur. Kajian ini juga mendapati niat kepatuhan CPE berstruktur mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan gelagat kepatuhan CPE berstruktur. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan pemboleh ubah perantara, iaitu efikasi kendiri, memainkan peranan sebagai perantara separa dalam hubungan antara tanggapan keterlibatan dan niat kepatuhan CPE berstruktur. Hasil kajian ini berupaya menyediakan asas yang baik dalam membantu pihak-pihak berkenaan seperti MIA dan AOB untuk membina dan menambah baik strategi dan polisi dalam memastikan tahap kepatuhan CPE yang lebih baik dalam kalangan akauntan awam.