Kajian kesedaran pekerja operasi pembersihan terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan aspek yang penting terutamanya bila melibatkan kerja-kerja yang berisiko tinggi termasuklah yang melibatkan penggunaan bahan kimia seperti pembersihan dan pencucian di hospital. Pandemik Covid-19 yang melanda telah meningkatkan risiko keselamatan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Tahir, Mohd. Azrin
Format: Thesis
Language:eng
eng
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/9923/1/permission%20to%20use-ALLOWED.pdf
https://etd.uum.edu.my/9923/2/s819480_01.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan aspek yang penting terutamanya bila melibatkan kerja-kerja yang berisiko tinggi termasuklah yang melibatkan penggunaan bahan kimia seperti pembersihan dan pencucian di hospital. Pandemik Covid-19 yang melanda telah meningkatkan risiko keselamatan dan kesihatan semua orang walau di mana mereka berada, termasuklah di tempat kerja. Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara kesedaran pekerja operasi di sebuah hospital di Kuala Lumpur terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan umur, polisi dan prosedur keselamatan dan kesihatan, dan latihan keselamatan dan kesihatan. Responden untuk kajian ini adalah terdiri daripada seramai 150 orang pekerja operasi pembersihan yang menyertai soal selidik ini. Mereka terdiri dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Nepal. Di dalam kajian ini, kaedah soal selidik telah digunakan sebagai instrumen utama bagi mendapat data. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif dan korelasi Spearman’s rho untuk mengenalpasti kesedaran respondan terhadap keselamatan dan kesihatan diantara faktor demografi dan kesedaran. Hasil dari kajian ini telah menunjukkan bahawa kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan adalah sederhana iaitu skor min 2.69. Kajian seterusnya telah menunjukkan demografi umur perkaitan negatif yang signifikan antara umur dan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan pada r – (- .362), p (0.000), Manakala bagi perkaitan diantara tempoh berkhidmat dan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan pada r – (0.983), p (0.000), terdapat korelasi positif dan sangat signifikan antara tempoh berkhidmat dan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan. Merujuk kepada tempoh perkhidmatan ini, ia menunjukkan semakin lama pekerja operasi pembersihan ini berkhidmat maka kesedaran terhadap keselamatan makin tinggi sedarnya. Kajian ini mendapati perlu meneruskan latihan, melihat kepada faktor demografi dan tempoh perkhidmatan yang berterusan bagi terus memberi kesedaran kepada pekerja operasi pembersihan di hospital.