Pengaruh kepimpinan transformasi guru besar dan perilaku kewarganegaraan organisasi guru terhadap keberkesanan sekolah Daerah Kinta, Perak

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalis hubungan di antara kepimpinan transformasi

guru besar, perilaku kewarganegaraan organisasi dan keberkesanan sekolah. Ia juga turut

mengukur pengaruh kepimpinan transformasi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alagari Subramaniam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10016
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalis hubungan di antara kepimpinan transformasi

guru besar, perilaku kewarganegaraan organisasi dan keberkesanan sekolah. Ia juga turut

mengukur pengaruh kepimpinan transformasi guru besar dan perilaku kewarganegaraan

organisasi terhadap keberkesanan sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif

dengan reka bentuk secara tinjauan berdasarkan soal selidik. Ia melibatkan 582 orang guru

sekolah kebangsaan dari daerah Kinta Utara dan Kinta Selatan Perak. Pemilihan sekolah

serta responden telah dibuat menggunakan persampelan secara rawak mudah dan berstrata.

Data-data telah dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi guru besar mengikut persepsi guru adalah

pada tahap tinggi (min=4.31,SP=.616), perilaku kewarganegaraan organisasi guru adalah

pada tahap tinggi (min=4.15,SP=.613), dan keberkesanan sekolah juga berada pada tahap

tinggi (min=4.25,SP=.603). Analisis ujian t dan ANOVA mendapati bahawa tidak terdapat

perbezaan min signifikan persepsi guru terhadap kepimpinan transformasi guru besar

berdasarkan jantina (t=(580)=.31,p=.47>.05), umur guru (F(4,577)=.964,p=.49>.05) dan

pengalaman guru (F(4,577)=1.205,p=.34>.05). Seterusnya analisis ujian t dan ANOVA

turut mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan min signifikan persepsi guru terhadap

perilaku kewarganegaraan organisasi guru berdasarkan jantina (t=(580)=1.06,p=.447>.05),

umur (F(4,577)=1.315,p=.37>.05) dan pengalaman mengajar (F(4,577)=1.698,p=26>.05).

Berdasarkan analisis ujian kolerasi Pearson bahawa terdapat hubungan positif signifikan

tetapi tahap lemah di antara kepimpinan transformasi guru besar dengan keberkesanan

sekolah (r=.27**,p=0.01<.05) dan terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap

sederhana kuat antara perilaku kewarganegaraan organisasi dengan keberkesanan sekolah

(r=.33**,p=0.01<.05). Berdasarkan ujian Regresi linear, kepimpinan transformasi guru

besar telah memberi kesan kecil terhadap keberkesanan sekolah adalah sebanyak 14.1%

(R2=.141), perilaku kewarganegaraan organisasi guru telah memberi kesan sederhana

terhadap keberkesanan sekolah sebanyak 24.2% (R2=.242). Sebagai rumusan, kajian ini

menunjukkan bahawa kepimpinan transformasi guru besar dan perilaku kewarganegaraan

organisasi mempunyai pengaruh terhadap keberkesanan sekolah. Implikasi kajian tesis ini

mencadangkan bahawa adalah penting para pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan

transformasi dan menyemaikan perilaku kewarganegaraan organisasi guru. Ini kerana ia

berupaya menjadi pemangkin kepada keberkesanan sekolah.