Pembinaan model kompetensi amil zakat di Politeknik Malaysia

<p>Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep amil menurut fuqaha dalam pengurusan zakat serta menganalisis konsep kompetensi profesionalisme amil zakat dan amalan kompetensi amil zakat cemerlang politeknik bagi menghasilkan model kompetensi amil zakat di politeknik Malaysia. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ammar Badruddin Romli
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10018
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan konsep amil menurut fuqaha dalam pengurusan zakat serta menganalisis konsep kompetensi profesionalisme amil zakat dan amalan kompetensi amil zakat cemerlang politeknik bagi menghasilkan model kompetensi amil zakat di politeknik Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk kajian kes menerusi instrumen temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai empat orang amil, empat orang ketua unit zakat, lapan orang asnaf dan lapan orang muzakki telah dipilih menerusi persampelan bertujuan sebagai informan kajian. Data verbatim temu bual merupakan data utama yang disokong oleh data pemerhatian dan analisis dokumen. Semua data dianalisis menggunakan perisian N'Vivo 12 Pro bagi menetapkan tema dan sub-sub tema.Dapatan kajian menunjukkan amil berperanan dalam mengutip dan mengagihkan zakat yang memerlukan ciri-ciri kualiti keperibadian, keilmuan, kemahiran, inovasi, serta perkhidmatan dan konsultasi yang signifikan. Kelima-lima ciri tersebut menjadi pola yang membentuk amalan kompetensi amil cemerlang politeknik sehingga menghasilkan lima model amil kompeten politeknik Malaysia, iaitu Model Amalan Kompetensi Kualiti Keperibadian Amil Politeknik, Model Amalan Kompetensi Keilmuan Amil Politeknik, Model Amalan Kompetensi Kemahiran Amil Politeknik, Model Amalan kompetensi Inovasi Amil Politeknik, serta Model Amalan Kompetensi Perkhidmatan dan Konsultasi Amil Politeknik. Kesimpulannya, kualiti keperibadian, keilmuan, kemahiran, inovasi, dan perkhidmatan dan konsultasi perlu disepadukan sebagai jati diri amil yang utuh bagi memastikan mereka mampu melaksanakan peranan dengan cemerlang. Implikasi dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan kepada amil zakat di politeknik Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi, serta amil di institusi-institusi zakat negeri.</p>